SAYA YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG



Assalamualaikum semua, harap yang baca blog saya ni ceria2 selalu ye 😊. Dah  lama sebenarnya saya nak buat sharing tentang  bagaimana saya yang dulu bukan yang sekarang,ni baru berkesempatan nak story kat sini  hihi. 

Saya akui sangat banyak perubahan yang saya dapat bermula dengan mengenali Bisnes Mobile Spa (The Walking Beauty)  dan Shaklee. 


Ini adalah titik permulaan saya merubah suatu yang sangat berlainan dengan bidang yang saya minati sebelum ini iaitu bidang masakan. Niat asalnya hanyalah untuk mencari alternatif lain untuk menambah income family, tapi saya tak sangka bila dipertemukan dengan TWB sekaligus menyertai Shaklee ,saya mendapat banyak perkara positif dalam hidup saya kini. 

LEBIH BERANI DAN YAKIN 

Dengan mula menjalankan bisnes Mobile Spa, saya jadi lebih yakin dan berani berjumpa dengan orang luar untuk berkongsi kebaikan tentang kesihatan dan kecantikan. Dulu nak cakap lebih-lebih pun rasa segan kalau berhadapan dengan orang luar 😅,terutama yang tak kenal hihi.. 

TWB ini memberi saya peluang untuk mempertingkatkan kebolehan saya berkomunikasi dengan orang lain .

SEMANGAT DALAM MENCAPAI MATLAMAT 

Dalam Shaklee dan TWB, saya melihat banyak peluang yang boleh dicapai walaupun kita tiada skill, tiada ilmu marketing misalnya. Ini disebabkan bila saya menyertai team Jutawan ,banyak guideline  dan coaching yang disediakan untuk semua ahlinya lebih semangat menambah pendapatan dengan berkongsi tentang kebaikan shaklee . Kita secara jelas dapat lihat matlamat sebenar kita dalam bisnes ini. 

Saya rasa lebih fokus dan komited dalam usaha mencapai segala impian saya. Dengan kehadiran leader @ mentor hebat sepanjang saya bersama Shaklee yang tidak putus-putus menyuntik semangat supaya tidak berhenti separuh jalan. Biasala Adat meniaga kan ada pasang dan surutnya...tapi alhamdullilah ia dapat ditangani,  semoga Saya terus istiqamah dalam Shaklee 😊

LEBIH PEKA PADA KESIHATAN DAN KECANTIKAN.

Dengan TWB dan Shaklee , saya lebih alert tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dimana selepas saya membuat servis spa pada semua pelanggan saya, secara tak langsung saya mampu membuat mereka berpuashati dan gembira dengan khidmat yang saya berikan.  Disini ia memberi kepuasan yang tak terhingga kepada diri saya. 

Saya juga dapat menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami mereka dengan penggunaan Produk Shaklee. Ini menambah trust mereka kepada saya sebagai Shaklee Distributor. Memang saya rasa sangat bertuah dipertemukan dengan TWB dan Shaklee secara tidak langsung saya  juga lebih prihatin dalam penjagaan kesihatan ahli keluarga saya sendiri berbanding sebelum ini. Tahap kesihatan kulit dan diri saya juga semakin baik setelah konsisten menggunakan produk Shaklee. 

MEMBANTU MENAMBAH INCOME KELUARGA. 

Dengan TWB,  selain income dari mobile spa, saya juga berpeluang menikmati 6 penjuru income lain termasuk untung runcit penjualan produk Shaklee dan Bonus Shaklee setiap bulan. Seronok sangat rasanya bila kita dapat membantu mengurangkan beban suami menyelesaikan komitmen keluarga. 

Tak sangka saya yang dulu hanya mengharapkan pendapatan suami ,kini mampu menjadi Surirumah yang berpendapatan.

Antara income yang saya perolehi Hasil dari mobile spa dan jual supplement

LEBIH BERANI MENCUBA SESUATU YANG BARU 

Shaklee juga menawarkan banyak peluang untuk saya mempertingkatkan ilmu dan upgrade diri lebih baik lagi. Baru-baru ini saya berpeluang menjalani Kursus (MOREC) Mother Recovery iaitu Kursus penjagaan bagi ibu-ibu berpantang.

Disini saya juga dapat menambah ilmu nutrisi dalam Shaklee. Tidak dinafikan sejak saya bersama TWB dan Shaklee, saya menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru, malah sentiasa teruja untuk menggali lebih banyak lagi ilmu berkaitan kesihatan. 




Akhir sekali,  perubahan besar yang saya dapat rasakan ialah dari segi kerohanian, saya menjadi orang yang lebih bersyukur, menghargai dan bersikap lebih positif  sejak bersama team Jutawan dalam Shaklee.  Selain mendapat aura positif daripada leader -leader hebat yang sudah berjaya dalam Shaklee ,ia juga mengajar saya bahawa setiap kejayaan itu dicapai bukan mudah tapi menuntut banyak pengorbanan dari segi sikap dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah bersandarkan iman dan tawakal kita kepada Allah. 





Nora Yusof


Beautician BOTG
Whatsapp : 016-3649751
FB : Norra Imani
IG : shakleeby_noraieda (Shaklee)
IG : botg_mobilespaperak (BOTG)


FB PAGE MOBILE SPA : Kursus Mobile Spa Termurah





























Comments

Popular Posts