Kenyataannya, rakyat Malaysia juga masih lagi mencatatkan angka obesiti yang tinggi dan aktiviti fizikal yang rendah. Obesiti di Malaysia telah menjadi satu trend yang semakin membimbangkan di kalangan rakyat negara ini . Obesiti sebenarnya boleh mengundang banyak penyakit seperti penyakit jantung , strok , tekanan darah tinggi , diabetis dan kanser . Mengikut statistik yang di buat oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) Malaysia adalah negara yang paling tinggi obes di Asia Tenggara. rujuk artikel ini >>>> Malaysia Obes Paling Tinggi
Berdasarkan penyataan ini , pentingkah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat ? Pastinya ia sangat penting disebabkan berat badan adalah salah satu penanda aras untuk menilai kesihatan seseorang secara am.
Ok, disini saya ingin kongsikan 5 amalan gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan bagi membantu meningkatkan jangka hayat kita lebih lama tanpa sebarang penyakit berbahaya dengan izin Allah jua. Tugas kita adalah ikhtiar sebaiknya untuk kesihatan kita. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati kan! 😊
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Makanan seimbang semestinya mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk mengekalkan kesihatan kita.
Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan. Menjaga pemakanan adalah faktor paling perlu diberi perhatian dalam penjagaan kesihatan kita. Ramai juga yang mengamalkan Intermittent Fasting bagi tujuan kesihatan selain daripada mendapatkan berat badan yang ideal.
Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mudah mendapat pelbagai penyakit 3 serangkai seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis
Pemakanan seimbang juga menjadikan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Selain itu juga, pengambilan suplimen yang sesuai juga sangat penting bagi memastikan tubuh badan kita cukup nutrisi yang diperlukan. Dalam mengekalkan berat badan normal dan kekal sihat, saya mengamalkan Set Kurus Hello New You Shaklee ini, alhamdulillah set ini sangat banyak membantu saya menjaga pemakanan saya.
Bahasa mudahnya, berat yang ideal dan normal bermakna kesihatan kita dalam keadaan baik.
.
2. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitarannya. Biasanya tempat yang membolehkan nyamuk membiak haruslah dihapuskan dan dibersihkan dengan kerap.Ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini menyebabkan kebersihan persekitaran tempat tinggal penuh dengan semak samun dan air bertakung menjadi tempat pembiakan utama nyamuk aedes puncanya wabak denggi meningkat di sesetengah kawasan.
Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang sepatutnya dan dikhaskan. Jangan ambil mudah dengan membuang sampah sarap ke dalam sungai, longkang atau dibiar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
3. Membuat Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala
Selain itu juga, kita hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu lebih awal bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan ini sebaiknya boleh dibuat dua kali setahun.
Pemeriksaan kesihatan awal sangat penting bagi membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Antara kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa pengesanan awal boleh membantu menyediakan perancangan pengurusan dan rawatan yang lebih baik, yang sekaligus akan meningkatkan kelangsungan hidup pesakit.
Sesetengah ujian pemeriksaan kesihatan juga membantu pengesanan awal termasuklah kesihatan/ketumpatan tulang, pemeriksaan saringan Hepatitis B dan C, serta kanser . Bak kata pepatah, kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai, maka adalah penting untuk menjadikan pemeriksaan kesihatan seperti indeks jisim badan (BMI, berdasarkan ukuran tinggi/berat badan), tekanan darah dan bacaan denyutan, paras kolesterol dan kandungan gula dalam darah sebagai satu rutin.
4. Bersenam dan Beriadah
Amalan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti senaman serta beriadah sangat baik untuk kesihatan jantung kita. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik di samping menguatkan lagi otot-otot badan.
Faedah Senaman dan Beriadah ini sangat penting bagi:
Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah. Meningkatkan ketangkasan pergerakan badan di samping dapat mengurangkan risiko kecederaan otot dan tulang. Memperbaiki posture dan Meningkatkan muscle tone serta menambah baik ketrampilan fizikal. Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah masalah lebihan berat badan dan obesiti. Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot supaya otot lebih kuat dan cepat melakukan pergerakan dengan lebih baik. Melakukan senaman secara berkala boleh meningkatkan taraf kesihatan dan kecergasan. Kesannya meliputi bukan sahaja daripada segi fizikal bahkan psikologi dan emosi. 5. Mengelakkan Tabiat yang Menjejaskan Kesihatan
Perkara paling penting yang perlu kita lakukan ialah menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan terlibat dengan najis dadah.
Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan puncanya penyakit sosial dalam masyarakat, menjadi penghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara, maka dengan ini kita seharusnya bantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan buruk ini.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat ini juga sangat perlu kita amalkan disebabkan bila tubuh badan kita sihat ia juga mempengaruhi kesihatan minda dan mental kita.
Ramai diantara kita mengalami depression, anxiety dan banyak penyakit mental lain disebabkan tiada amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat sendiri. Kata-kata Motivasi juga sangat penting bagi mereka yang mengalami tekanan mental seperti ini.
Kita harus sedar amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan penting supaya amalan gaya hidup sihat ini tidak dipandang mudah dan jadi rutin dalam keluarga. Oleh itu mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.
Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI 👇
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#TestimoniShaklee
#AmalanGayaHidupSihat
#PengedarShakleeBaganDatuk
Comments
Post a Comment