Kata - Kata Motivasi Untuk Perubahan Diri

 



Kata-kata motivasi memainkan peranan yang penting dalam hidup seseorang. Antara sebab lain pentingnya kata-kata motivasi dalam menambahbaik kehidupan seseorang ialah:

  • Memotivasikan dan menginspirasi: Kata-kata motivasi dapat membantu seseorang merasa termotivasi dan terinspirasi untuk mencapai tujuan dan impian dalam hidup. Ia memberikan dorongan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup dengan semangat yang tinggi.
  • Membantu mengatasi kekecewaan dan kegagalan: Dalam hidup, kegagalan dan kekecewaan adalah sesuatu yang tak dapat dijauhi. Kata-kata motivasi memberikan kita kebahagiaan dan sokongan untuk tidak mudah menyerah dan terus berusaha meskipun menghadapi kegagalan. Ia membantu mengubah pandangan negatif menjadi pandangan yang positif.
  • Meningkatkan keyakinan diri: Kata-kata motivasi juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Melalui kata-kata yang positif dan membangkitkan semangat, seseorang dapat merasa lebih yakin dan percaya pada kemampuannya untuk mencapai impian yang diinginkan.
  • Menghadirkan perubahan positif: Kata-kata motivasi dapat menjadi pemicu perubahan positif dalam hidup seseorang. Ia dapat menyokong seseorang untuk mengambil tindakan, mengubah ''mindset'', dan menggalakkan kita membuat rutin yang lebih baik dalam hidup. Kata-kata motivasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat juang seseorang untuk berjaya dalam hidup.

Seperti saya sendiri, saya sangat terinspirasi dengan kata-kata motivasi daripada seorang pakar motivasi yang sangat banyak membantu mereka yang ingin membuat transformasi diri kepada lebih baik iaitu Dr Azura Hashim. Motivation ini sangat penting bagi kita untuk terus semangat dan tidak mudah putus asa dalam mencapai impian dan cita cita kita untuk berjaya di dunia dan akhirat...aminn..😊Antara kata-kata motivasi beliau yang saya sentiasa sematkan dalam diri ialah :




Semangat ingin berubah kepada lebih baik ini pasti boleh! In sha Allah

Kita mampu, mindset untuk berubah itu harus kuat.

Semoga kita semua Allah izin sentiasa kuat untuk menjadi setiap hari lebih baik



Allah telah menyusun sebaiknya 🤍

Setiap apa yang Allah tentukan untuk kita itu pasti tidak akan salah. Percaya adalah Kunci Utama , In Shaa Allah pasti ada hikmah dan jalannya.





Sedangkan, apa yang ada di dalam pemikiran itu bukan realiti. Siapa setuju? ‘Self-talk’ sebagai terapi minda dimana kita mampu untuk berdamai dengan diri kita. Apa yang kita beritahu pada diri setiap hari sama ada ia akan membangkitkan atau menjatuhkan kita. “Its not what we say out loud that really determines our lives. Its what we whisper to ourselves that has the most power” – unknown
1. Sedar akan kelebihan dan kekurangan diri.
.
Nobody perfect! Kekurangan itu sebenarnya kelebihan kita tanpa disedari dan ia tersirat secebis hikmah disebaliknya tanpa kita ketahui.
Dengan kesedaran inilah kita takkan mudah rasa kecewa atau jealous dengan apa orang lain ada kerana kita tahu setiap orang ada kelebihan and kekurangan. Oleh itu, bersyukurlah.

2. Percaya kepada kemampuan yang ada.
Percaya pada kemampuan kita. Tanpa kepercayaan diri yang rendah hati dan masuk akal terhadap kekuatan diri, kita tidak akan berhasil dan bahagia.

3. Jiwa akan lebih tenang dan positif.
Ianya ibarat vitamin untuk ‘maintain’ kesihatan mental. Kita akan merasa lagi dekat dengan Allah apabila jiwa kita tenang.
4. Mengelakkan dari berprasangka
Don't overthinking if u want to be positive people.
Ciptalah seribu alasan untuk kita bersangka baik dengan orang lain. Itu salah satu cara untuk elak timbulnya fitnah.
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” [Al-Hujurat : 12]
5. Membantu membuat keputusan yang lebih baik.

“The soul always knows what to do to heal itself.” – unknown

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa mempunyai corak pemikiran positif memberi kebaikan kepada fizikal dan mental.

Fikiran yang positif bantu mengurangkan kecenderungan ‘stress related disorder’, membina mood yang bagus dan meningkatkan keyakinan diri. In shaa Allah.

Apa kata kita tukar self talk 'husnuzon'. Mesti best kan?



3 NASIHAT UNTUK DIRI
 
1. Hidup di dunia adalah sebuah perjalanan dan bukan destinasi
“Hidup adalah perjalanan. Bagaimana kita melakukan perjalanan, terserah kita. Kita bisa mengalir begitu saja atau mengikuti impian kita sendiri.” – Paulo Coelho
 
2. Apa yang berlalu biarkan berlalu
Belajar dari masa lalu, hidup untuk hari ini, berharap untuk hari esok.” – Albert Einstein
 
Perkara yang lalu tidak perlu di bincangkan kembali, fokus dengan masa hadapan dan impian hidup anda. Insha Allah hidup akan lebih tenang dan bahagia.
 
3. Setiap hari adalah hari baru
Jadi jangan terpaku pada masa lalu, bergeraklah ke depan. Nikmati apa yang kau miliki hingga hari ini. Sentiasa bersyukur memulakan hari baru.




#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#semangat
#katakatamotivasi
#PengedarShakleeBaganDatuk


Comments

Post a Comment

Popular Posts