Tips Kekal Sihat Walaupun Di Hari Raya Open House
Assalamualaikum semua sahabat, semoga kalian yang sudi singgah di blog saya ini dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya...Aamin Ya Mujib. Kita masih lagi berada dalam bulan Syawal kan, dan semestinya masing-masing masih lagi sibuk memenuhi undangan dan jemputan Hari Raya Open House dari rakan-rakan, jiran dan saudara mara , betul tak!
Nak ditolak rasa sayang, sebab masa ni jelah kita berpeluang nak eratkan ukhwah sesama kita. Tapi badan dah mula bagi 'hint'' sebab jarum penimbang pun dah banyak bergerak menandakan berat makin naik hahaha😂. Perut yang sebelum ni dah makin mendatar ketika Ramadhan dah mula ke depan gara-gara pemakanan dah tak jaga sebab jemputan non stop open house ni hihihi.
Baru-baru ini saya dan keluarga berpeluang menghadiri Jamuan Rumah Terbuka Anjuran Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Zahid Hamidi di Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk. Sambutan raya ini diadakan julung-julung kalinya di masjid tersebut disebabkan masjid ini baru saja siap digunakan sepenuhnya Ramadhan baru-baru ini.
banyak juadah yang disediakan |
Pengagihan duit raya dari TPM buat semua kanak-kanak yang hadir jamuan tersebut |
Bila kita menghadiri jamuan hari raya, faham-faham saja la kan, memang bab makan tu susah nak jaga, betul tak! Tapi saya ada cara saya sendiri bagaimana saya menjaga pemakanan saya sepanjang hari raya dengan konsisten amalkan suplement Shaklee. Disini saya kongsikan antara tipsnya :
Pengambilan Set Kurus Raya
1. Sebelum saya makan hidangan berat ketika jamuan hari raya, saya akan pastikan mengambil 3 biji kapsul lecithin terlebih dahulu. Fungsi lecithin ini ialah mengemulsi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disertai dengan senaman yang sesuai.
Pengambilan Lecithin mengikut kuantiti yang disyorkan membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang lebih efektif. Sangat sesuai diamalkan sebelum dan selepas kita ambil makanan yang berminyak macam juadah raya seperti rendang, kuah kacang dan sebagainya tu.
❤ Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
❤ Membantu mengatasi masalah sembelit
❤ Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus atau natural bowel movement
❤ Membantu untuk mengempiskan perut
❤ Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut
❤️ Meningkatkan proses detoksifikasi badan dengan mengeluarkan semua toksin daripada tubuh badan
❤ Memudahkan fungsi usus
❤ Mengurangkan bau badan
5. Tip makan makanan hari raya penuhkan pinggan dengan sayur
Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan anda dengan sayur-sayuran. Sayur / salad ini biasanya akan menyebabkan kita kenyang lebih cepat dengan kandungan seratnya yang tinggi seperti ulam ulaman .
Pilih jenis sayur yang tidak bersantan, tetapi jika tidak ada, anda boleh tetap mengambil sayur-sayuran bersantan tetapi kurangkan jumlah kuah santan yang anda ambil. Santan secara semula jadi tidak mengandungi kolesterol, tetapi mengandungi lemak tepu yang tinggi.
6 . Elak minum minuman manis yang bergula
Ketika jamuan raya, memang wajib lah ada minuman manis dan ber gas kan, menyebabkan kita lupa yang minuman seperti air berkarbonat biasanya mengandungi gula yang cukup tinggi. Air yang berwarna warni ketika sambutan raya memang sangat menarik perhatian kita .
Contohnya sirap. satu sudu makan sirap mengandungi 53 kalori yang hampir seluruhnya berasal dari karbohidrat. Ia juga mengandungi 10 gram gula pasir. Ditambah pula dengan penyediaan air daripada kordial mengandungi pemanis, lebih-lebih lagi soda diet yang biasanya menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Jadi kita usahakan hadkan minuman tersebut bagi mencegah tambah kalori tanpa sedar.
Biasanya saya telah menyediakan air kosong/ air mineral ketika jamuan raya. Bila kita minum air kosong banyak dan cukup , makin kuranglah "craving'' kita nak minum minuman manis. Nak lagi sedap saya bawa terus performance drink untuk saya dan keluarga, haus hilang malah bantu tambah tenaga kami sekeluarga.
Comments
Post a Comment