Assalamualaikum semua, masih mood berhari raya lagi ke?😀 mesti ramai yang masih sibuk dengan jemputan rumah terbuka , raya kan sebulan hihi. Entry kali ni santai-santai je sambil saya nak berkongsi moment indah berhari raya bersama keluarga. Tahun ni kami sekeluarga berhari raya di Bagan Datuk, Perak.
Alhamdulillah kali ni dapat beraya bersama bonda saya terlebih dulu😍 nikmat paling bermakna bila kita berpeluang berhari raya bersama orang tua kita...rindu pada arwah ayah..semoga Allah tempatkan ayah di kalangan orang-orang beriman disisiNya. Tahun ni masuk tahun ketiga kami beraya tanpa insan bergelar ayah😭
Raya kali ni alhamdulillah ibu saya kekal sihat asbab amalkan Shaklee. Antara supplement yang beliau tak pernah culas amalkan ialah ResV, Vivix, Omega, Phytocol dan Esp. Gabungan semua supplement ni sangat membantu menurunkan kadar kolestrol, mengawal gula dalam darah serta menambah tenaga beliau sejak amalkan Shaklee hampir 3 tahun ini. Semoga saya sentiasa dimurahkan rezeki untuk ikhtiar yang terbaik buat kesihatan ibu saya.
Seronok sebenarnya bila kita berpeluang berkongsi kebaikan Shaklee ni dengan sanak saudara ketika kita berpeluang ziarah mereka di hari raya. Tak banyak sikit ada yang berminat dengan Shaklee untuk kekalkan kesihatan diri dan keluarga.
Hari Raya Dengan Shaklee sememangnya sangat best bagi saya dan keluarga, bila banyak urusan persediaan hari raya dapat diselesaikan dengan mudah dan saya tak perlu bimbang dengan kesihatan kami sekeluarga bila pulang ke kampung walaupun bertemu dengan ramai orang.
|
Beraya di Teluk Intan, Perak |
|
Ootd Di Masjid Terapung Hajah Tuminah Bagan Datuk, Perak |
Aidilfitri kali ni juga sebenarnya mengimbau kembali kenangan saya berhari raya dalam keadaan berpantang 9 tahun dulu bila berpeluang ziarah ramai ipar duai yang sedang berpantang . Struggle juga sebenarnya sebab nafsu makan tu perlu di kawal , maklum sajela godaan makanan raya seperti rendang, kuah kacang , ketupat, lemang dan sebagainya sangatlah menguji kesabaran😂 tapi mak tang semua jangan risau sebenarnya banyak juadah yang boleh kita ambil walaupun ketika kita berpantang. Jom saya kongsikan : Apa yang boleh dimakan buat ibu2 dalam pantang 44 hari?
Ibu-ibu semua jangan susah hati memikirkan apa yang tak boleh dimakan ketika hari raya , boleh mengundang stress dan meroyan nanti hihi. Ok jom tgk apa yang ibu-ibu boleh makan :
1. Rendang.
- Rendang adalah juadah yang boleh diambil ketika berpantang disebabkan kandungan rempah dalam masakan rendang boleh dimakan cumanya pengambilan cili padi dan cili merah dikurangkan dikhuatiri anak / bayi jadi cirit birit. So mintaklah ibu masakan rendang khas utk korang....boleh gantikan cili dengan lada hitam.
Tapi untuk bayi bawah 2 minggu pengambilan lada hitam jangan pula berlebihan. Takut trigger panas dalam nnti dan bayi boleh sembelit.
2. Nasi Arab Mandy / Nasi Minyak
Rempah2 di dalam nasi Arab ini sangat sedap dan sihat untuk ibu-ibu berpantang amalkan. Makanlah dengan lauknya. Asalkan tiada cili atau tidak terlalu pedas.
3. Serunding
Boleh juga minta mak buatkan serunding kurang pedas. Kalau nak buat serunding ayam, pastikan dari ayam kampung.
Makanan yang tidak boleh diambil dan Kenapa?
1. Ketupat Nasi/Nasi impit
Ketupat @ Nasi impit ini boleh diistilahkan sebagai nasi yang dimasak semalaman. Ia memerangkap angin dalam badan ibu yang berpantang
2. Makanan berpulut (lemang/ketupat palas/dodol)
Makanan berpulut juga boleh memerangkap angin
3. Kuih raya
Kandungan telur boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Gula berlebihan juga boleh menyebabkan luka lambat pulih.
4. Masak Lodeh
Jenis sayur-sayuran dalam masak lodeh bersifat berangin dan sejuk, boleh mendatangkan bisa-bisa badan pada si ibu.
Ini adalah antara makanan yang diberi perhatian oleh mak tang2 ya sepanjang hari raya, apa pun makanan yang diambil jangan berlebihan . Sebab risikonya pada kesihatan bukan sahaja pada si ibu malah pada anak yang disusui juga.
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan Promosi Shaklee bulan Mei ini, banyak sangat penjimatan yang korang boleh dapat tau ! Berita baiknya, Promosi Set Rahmah masih diteruskan bulan ini, dan korang masih berpeluang grab Esp dan Vitamin C dengan Harga murah giler😍
So kalau korang nak dapatkan promosi ni, boleh terus hubungi saya ya
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.
Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI
PELUANG BISNES SHAKLEE
Jom buat side income dengan Shaklee
Inginkan peluang menjaga kesihatan sambil menjana pendapatan? Ambillah peluang ini hanya di Shaklee
Dengan bermodalkan RM35 sahaja anda berpeluang untuk unlock 9 Tahap Bonus termasuklah Car Bonus.
Anda tidak perlu hebat dalam berbisnes untuk memulakan bisnes Shaklee.
Cuma perlu:
Follow sistem
Follow mentor
Follow big why
Usaha & Komited
Pasti boleh bina bisnes yang menguntungkan.
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#MemoriAidilfitri2023
#HariRayaDenganShaklee
Comments
Post a Comment