Sebelum kita mulakan tentang Intermittent Fasting ni, terlebih dahulu saya terangkan serba sedikit apa itu Intermittent Fasting (IF) yang menjadi pilihan ramai kini bagi menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Apa itu Intermittent Fasting (IF) ?
Intermittent Fasting (IF) ini sebenarnya merupakan satu program diet yang mengatur pola makan kita mengikut jadual tertentu, ia juga menggunakan kaedah puasa sebagai medium UTAMA diet. Namun ada yang salah faham tentang Intermittent Fasting ni , ramai beranggapan ia seperti berpuasa sepanjang hari. Sedangkan ia hanya mengubah pattern makan dan berpuasa seseorang.
Dengan menggunakan kaedah puasa sebagai faktor utama, IF ini bukan sahaja menarik perhatian ramai individu beragama islam malah juga individu beragama lain. Disebabkan kaedahnya yang lebih santai berbeza dengan kaedah diet yang lain seperti Dietk Atkins, Diet Keto ,Diet Suku-suku Separuh dimana memerlukan pengaturan menu diet yang lebih ketat, pengambilan kalori yang agak membebankan sesetengah orang, jadinya Intermittent Fasting ni menjadi sangat popular di kalangan para atlet dan selebriti.
Banyak kebaikan Intermittent Fasting ni kepada tubuh badan kita selain ia menurunkan berat badan, Antaranya ialah :
Kebaikan Intermittent Fasting (IF)
- Meningkatkan tahap kekebalan sistem imun badan
- Menjimatkan kos
- Menyingkirkan pathogen dan Autopaghy (sel yang memakan sel rosak)
- Memberikan tenaga untuk badan dan mengurangkan rasa lapar
- Mengurangkan keradangan serta membakar lemak yang berlebihan
- Memperbaiki sistem pencernaan
- Baik untuk perkembangan otak dan kesihatan otot
- Menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda
Cara Diet Intermittent Fasting (IF) yang betul.
Ada yang mengamalkan IF ini dengan cara yang kurang tepat, jadinya masalah untuk mereka turunkan berat badan tetap juga tidak dapat diatasi dan tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan. Disini saya kongsikan cara yang betul dalam Intermittent Fasting (IF).
Cara diet IF yang betul sebenarnya adalah sangat mudah. Ia hanya melibatkan cara hendak makan dan masa bila untuk berpuasa dalam masa sehari iaitu 24 jam. Antara cara yang biasa diamalkan ialah :
- 16:8. Ini antara yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12pm hingga 8pm tapi perlu berpuasa 16 jam selebihnya beberapa kali seminggu.
- 24jam. Anda digalakkan elak makanan minuman berkalori untuk 24jam mungkin 1-2x seminggu. Sekali lagi – minum air dibenarkan
- 5:2. Lima hari seminggu anda dibenarkan seperti biasa tapi dua kali seminggu anda perlu hadkan pengambilan kalori kepada 500-600kcal sahaja.
- Lain-lain. Tentu dengan tren-tren sosial media, akan ada pelbagai pendekatan tapi ia tetap fokus kepada kawalan waktu “berpuasa”.
Jika anda mengamalkan IF 16 jam puasa, 8 jam makan ini bermakna anda perlu makan "sarapan pagi" pada jam 1 PM dan "makan malam" pada jam 8 PM setiap hari. Tempoh 8 jam ini adalah tempoh anda buka puasa atau makan.
Bagi tempoh fasa BERPUASA,
- Waktu tidur (8 jam) ini boleh dikira sebagai tempoh fasa berpuasa.
- Anda sangat digalakkan minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mengandungi susu atau gula.
- Ada sebahagian kaedah akan menghadkan pengambilan jumlah kalori harian anda.
- Sangat penting untuk anda meneruskan aktiviti harian seperti biasa.
Bagi tempoh fasa MAKAN,
- Anda boleh juga untuk makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16jam tersebut.
- Makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu diutamakan (contoh:. salad dan jus buah-buahan).
- Bagi lebih efektif anda digalakkan untuk menjauhi makanan & minuman yang tinggi kandungan gula, garam, lemak dan minyak.
- Digalakkan juga untuk menjauhi makanan & minuman yang telah diproses.
Intermittent Fasting (IF) mampu menstabilkan insulin badan.
Biasanya bila kita faham apa punca berlakunya kegemukan iaitu disebabkan oleh kadar insulin yang tinggi yang dihasilkan oleh pankreas. Hormon yang sentiasa bersangkut paut dengan simpanan lemak dan penggunaan tenaga (metabolisme) adalah insulin bahasa mudahnya. Maka Intermittent Fasting (IF) ini adalah kaedah yang terbaik dalam kita menstabilkan kembali kadar insulin dalam badan.
Amalan Intermittent Fasting (IF) ni sebenarnya membantu mengehadkan pengambilan gula. sekaligus menstabilkan paras glukos darah. Apabila hormon insulin berkurangan dalam badan, ia memaksa badan untuk buang air yang berlebihan kerana kurangnya gula dalam IF itu.
Bila kita hadkan waktu makan, secara tak langsung ia mengawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan seperti berpuasa di bulan ramadhan sebenarnya. Dengan hasil kurangnya pengambilan kalori, memang ramai akan mengalami kekurangan berat badan sekitar 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).
Adakah Intermittent Fasting (IF) bersesuaian untuk Anda ?
Setiap jenis diet sebenarnya memerlukan tempoh masa untuk kita lihat keberkesanannya. Ia bergantung kepada tubuh badan seseorang untuk sesuai dengan kaedah diet yang mereka amalkan, perubahan diet memang mencabar dan memerlukan masa. Setiap diet yang kita praktikkan seharusnya menggembirakan dan membantu anda mengawal berat badan secara teratur begitu juga dengan kaedah Intermittent Fasting ini.
Ada kisah kejayaan dan kegagalan dalam setiap kaedah diet tersebut, ini bukan bermakna ia bagus atau tidak. Ini adalah soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan disebabkan ia menjadi trend di media sosial kita ikut secara membuta tuli.
KONSISTEN adalah kunci utama bagi penurunan berat badan yang efektif.
Masalah yang biasanya dialami mereka yang baru mengamalkan Intermittent Fasting ini ialah menahan nafsu dan selera makan yang terhasil dari insulin spike dalam badan. Tapi jika ia dilakukan secara konsisten kesan awal dapat dilihat dimana lemak pada perut atau belly fat akan mula menampakkan perubahan sedikit demi sedikit. Perubahan ketara pada seluruh badan juga dapat dilihat hanya dalam beberapa bulan sahaja! Selamat mencuba.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Nora Yusof
Beautician BOTG
Whatsapp : 016-3649751
FB : Norra Imani
IG : shakleeby_noraieda (Shaklee)
IG : botg_mobilespaperak (BOTG)
Teringin juga nak cuba kaedah ni.
ReplyDelete