9 Sebab Komuniti Shaklee Sangat Best!




Kenapa Komuniti Shaklee ini adalah yang terbaik untuk mereka yang ingin menambah pendapatan tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan dan  kerjaya. Jom saya kongsikan 9 Sebab Komuniti Shaklee sangat best!

 1. Bisnes Yang Kaya Dengan Ilmu


Dalam bisnes Shaklee , perkara yang paling saya suka sejak mula berbisnes adalah perkongsian ilmu dari banyak sumber. Sumber itu maksudnya daripada ramai master yang berjaya dalam Shaklee, sideline dan upline walaupun bukan dari susur galur yang sama. Mereka semua tidak pernah lokek berkongsi tentang ilmu nutrisi, teknik dan strategi pemasaran serta pengalaman jatuh bangun yang sangat berharga buat kami.

Pendek kata kami tidak akan dibiarkan terkapai-kapai dalam membina empayar / organisasi dalam Shaklee. Group Support yang ada membentuk Komuniti Shaklee yang berfungsi menguatkan semangat kami dan menjadikan kami sebagai SID Shaklee yang berilmu.



2. Sistem Shaklee Yang Adil


Dalam bisnes Shaklee , sistem yang digunakan adalah adil dan tidak menindas orang bawahan seperti kebanyakan bisnes multi-level lain yang lebih banyak menguntungkan orang atas (upline). Ini jelas dinyatakan dalam sistem pengiraan bonus Shaklee, walaupun orang bawahan anda membuat jualan lebih banyak dan anda sendiri tiada jualan, bonus hanya dikira di peringkat mereka yang ada jualan mengikut point yang ditentukan sahaja.

Ini bermakna dalam Shaklee kerjasama dalam team itu sangat dititikberatkan untuk anda mencapai bonus  dan ranking yang lebih tinggi setiap bulan.Ini yang menjadikan Komuniti Shaklee ini lebih kuat walaupun ahli dalam setiap organisasi  bertukar ganti.

Dengan hanya membayar RM35 sahaja, anda sudah boleh memulakan bisnes Shaklee ini tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Selain bonus Shaklee yang anda boleh nikmati setiap bulan, untung runcit juga menjadi milik anda sendiri. Best kan! Yang nak daftar ahli tu boleh terus klik link ni ok >>>>>>> Daftar Sebagai Ahli Shaklee


3. Hubungan Kekeluargaan Dalam Bisnes Shaklee

Sentiasa ada majlis dan perjumpaan sesama kami bagi mengeratkan silaturrahim dan perkongsian ilmu dengan mentor-mentor kami. Biasanya perjumpaan ini melibatkan ahli keluarga kami juga , ini menjadikan kami merasa seperti sebuah keluarga yang besar. 

Bonding antara kami dalam Komuniti Bisnes Shaklee menjadikan kami lebih terbuka berkongsi idea, ilmu dan info terkini dalan bisnes ini tanpa merasa jurang perbezaan walaupun berbeza ranking dalam Shaklee. Dengan ini, kami mudah mencapai kata sepakat dalam apa jua perbincangan dan menyelesaikan masalah yang wujud dalam team masing-masing.






4. Ilmu Agama dan Kerohanian.





Komuniti bisnes Shaklee ini best sebab bukan sekadar kami hanya berbines semata tapi kami juga sentiasa diingatkan tentang keseimbangan antara dunia dan akhirat. Kepentingan menjaga muamalat dalam berniaga dan mencari kerberkatan dalam rezeki tanpa melupakan siapakah pemberi rezeki yang kadangkala boleh buat kita mudah terleka ketika mengejar sasaran jualan.

Amalan kerohanian juga sentiasa diamalkan dan dipraktikkan dalam Komuniti Shaklee ini supaya kami tidak lalai kepada Allah yang memberikan rahmat dan rezekinya. Antaranya majlis selawat Mahabbah yang diadakan setiap pagi selepas subuh dan hari jumaat dalam group support kami. Sungguh saya rasa sangat bertuah kerana dipertemukan dengan Shaklee asbab ukhwah yang terjalin ini.




5. Bahan Marketing yang mudah didapati.


Bila ada komuniti yang besar seperti Komuniti Shaklee ni, maka banyaklah sumber dan bahan marketing yang mudah untuk kami gunakan. Ramai yang bermurah hati berkongsi poster terkini mengikut promosi yang ada, info terkini tentang produk dalam banyak lagi untuk kami gunakan bersama . Siap ada telegram / whatsapp group khas untuk semua bahan ini dikongsikan. Ini salah satu sebab saya sangat sayangkan bisnes ini.


6. Kelas Nutrisi Yang Berterusan Untuk SID Shaklee






Shaklee sentiasa menyediakan  kelas nutrisi dan kelas berkaitan kesihatan untuk ahli Shaklee yang berdaftar daripada pakar nutrisi dan doktor pakar dalam bidangnya. Ini bagi memastikan kami sebagai SID Shaklee ini lebih memahami keperluan pengguna dan ilmu tentang produk itu sendiri. 

Umpamanya baru-baru ini, ada sebahagian team kami telah menganjurkan beberapa kelas bersama Dr Haresh Kumar (specialist in Glomerulonephritis & Nephropathy). , Dr Hafiz Sulaiman (specialized in allergy, histamin dan lain-lain) Dr Redza (saintis tempatan yang mengamalkan neutraceuticals). Kelas-kelas seperti ini sangat membantu kami untuk grow lebih cepat dalam Komuniti Bisnes Shaklee.


7. Dapat tambah lebih ramai kenalan .

Bila dah banyak kelas dan seminar yang dianjurkan oleh Shaklee samada online atau offline , ramai kenalan baru daripada team lain kami dapat kenal. Sesetengah tugas yang diberikan mentor kami melibatkan strangers dari team lain menyebabkan circle positif Komuniti Shaklee lebih besar. Kami dapat belajar antara satu sama lain melalui pengalaman, pengetahuan yang ada pada diri masing-masing.


8. Sokongan Dan Galakan Non Stop Dari Upline

Perkara yang paling saya sayang dalam Shaklee ini ialah sokongan dan galakan daripada mentor-mentor (upline) kami dalam menguruskan bisnes Shaklee. Mentoring mereka yang berterusan tanpa ada cara memaksa mengejar sales semata ini buatkan kami tidak pernah rasa tertekan dalam Shaklee. Malah kami sendiri akan rasa lebih bertanggungjawab dengan bisnes dan team kami sendiri. 





Kebanyakan task yang diberikan oleh mereka hanya bermatlamat untuk kami berkembang lebih cepat dan konsisten dalam Shaklee. Ada saja penghargaan daripada mereka untuk kami sebagai downline. Ini membuatkan ukhwah yang terjalin di antara kami bukan sekadar atas dasar bisnes sahaja malah lebih kepada sahabat💗


9. Bisnes Shaklee bisnes yang kukuh.


Shaklee adalah bisnes yang kukuh dan boleh diwarisi kepada anak cucu kita. Maksudnya disini Komuniti Shaklee ini tidak akan mudah terkubur seperti sesetengah bisnes MLM lain. Shaklee juga telah bertapak di Malaysia hampir 28 tahun. 




Kemampuan Shaklee sebagai pembayar bonus tertinggi telah didedahkan dalam Business Leader National Conference (BLNC) 2022 iaitu BONUS yang dibayar oleh Shaklee sepanjang 3 tahun kepada SID di Malaysia mencecah sehingga RM372 juta. Bisnes Shaklee juga adalah bisnes kalis ekonomi , yang mana kita dapat lihat walaupun kita melalui fasa endemik disebabkan penularan Covid sebelum ini, tapi Shaklee masih tetap mencatat keuntungan tertinggi .

 Jadi jika anda nak jadi sebahagian daripada kami dalam Komuniti Shaklee yang best ini, jangan tunggu lama-lama lagi , terus hubungi saya dan team untuk kita sama-sama menikmati kejayaan lebih banyak lagi dalam Shaklee. Tiada istilah terlambat bagi mereka yang ingin terus memajukan diri.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023




























 

Comments

Popular Posts