Petua Hilangkan Jeragat Dengan Mudah

 



Assalamualaikum semua, terima kasih kepada yang masih sudi singgah di blog saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit petua mudah untuk hilangkan jeragat . Bab kecantikan dengan wanita pastinya tidak akan pernah habis kan 😂, dan masalah utama berkaitan dengan kesihatan kulit ini ialah jeragat. Jeragat ini bukan sejenis penyakit kulit tau ! tapi ia disebabkan peningkatan melanin dalam badan.

Jadinya sampai bila nak bersolek  tebal untuk tutup jeragat? Nak keluar rumah mungkinlah boleh kita sembunyikan dengan solekan tebal. Di depan suami bagaimana pula ? sedangkan di rumah lah kita nak kelihatan cantik, setuju tak isteri-isteri semua?
Bagi mengatasi masalah jeragat ini , jom saya kongsikan antara petua mudah untuk hilangkannya dengan ubat-ubatan tradisional atau ubat dari farmasi . Sebelum itu , kita perhatikan dulu punca yang menyebabkan jeragat ini wujud.



PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT

1. PENGGUNAAN PRODUK KECANTIKAN YANG BERBAHAYA


Masyarakat kini sangat mudah terpengaruh dengan testimoni  produk kecantikan yang memberi kesan sangat cepat pada kulit .Pernah kan anda dengar produk timbang kilo?. Kalau nak tahu, produk timbang kilo ini mengandungi bahan yang sangat berbahaya dan mengakibatkan lapisan perlindungan kulit terhakis. 

Ini menyebabkan sinaran UV terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.


2. PENAMBAHAN USIA

Seiring dengan penambahan usia juga sebenarnya meningkatkan risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. 
Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Rutin penjagan kulit muka jangan diabaikan kalau tak nak jeragat ni muncul lebih awal. Selain itu juga, penggunaan produk anti-aging juga sangat membantu.


3. PENCEMARAN DARI PERSEKITARAN


Kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita hidup di zaman yang mana alam sekitar tidak sebersih seperti 10 tahun dulu. Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar menyebabkan peningkatan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan.

 Pencemaran ini juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, anda mungkin akan perasan terdapat bintik bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.

4. FAKTOR KETURUNAN

Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang juga berpunca dari faktor keturunan. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Tapi jangan terlalu risau, ia boleh dirawat lebih awal dengan rawatan yang bersesuaian dan sila beri perhatian dengan punca jeragat dan cuba mencegahnya.

5. TEKANAN PERASAAN

Tekanan perasan juga boleh menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil akan mengakibatkan terjadinya jeragat. Jadi jika anda mengalami tekanan perasaan, jangan biarkan tapi usaha lah mencari jalan penyelesaian dalam kadar segera. Dapatkan bantuan.

 Tekanan perasaan bukan sahaja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti kesihatan mental atau depression sehingga boleh meragut nyawa juga.

Sebenarnya banyak lagi punca terjadinya masalah jeragat ini, tapi fokusnya disini saya ingin kongsikan dengan anda ialah PETUA HILANGKAN JERAGAT
1. CUKA EPAL (APPLE CIDER)


Dua cara hilangkan jeragat dengan cuka epal.Cuka epal juga berfungsi sama seperti astringen. Ia mengeluarkan minyak berlebihan pada kulit wajah. Bukan sekadar ia mampu menghilangkan jeragat, cuka epal ini juga boleh hilangkan parut jerawat. Jom cuba!

  1. Tuangkan satu sudu cuka epal dalam satu cawan berisi air. Kemudian, oleskan di tempat yang berjeragat menggunakan kapas. Selepas 10 minit, bilas dengan air suam.
  2. Teknik skrub: campurkan cuka epal dengan tepung jagung hingga menjadi sebatian pekat. Letakkan di kawasan berjeragat dan sental secara lembut. 
  3. Selepas 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih

2. PENGGUNAAN JUS LEMON

Tahukah anda , ada kandungan asid hidroksi dalam jus lemon  yang mana ia berfungsi sebagai agen pengelupasan bagi kulit berjeragat.  Asid ini membuang lapisan sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru. 

Begitu juga dengan astringen yang terkandung dalam jus lemon yang membuang minyak berlebihan di kulit wajah. 

Cara-cara pudarkan jeragat dengan jus lemon:

  • Oleskan jus lemon pada kulit muka dan kawasan berjeragat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, cuci dengan air bersih. Ulang langkah ini setiap hari sebelum tidur.
3. BAKING SODA

Baking soda sangat efektif dalam mempercepatkan pengelupasan sel kulit mati, ia juga bertindak mengekalkan keseimbangan pH kulit. 

Caranya sangat mudah adalah dengan campurkan satu sudu baking soda dengan sedikit air hingga menjadi sebatian pekat. Kemudian, sapukan di bahagian yang berjeragat beberapa minit sebelum mencuci muka. 

Lakukan secara kerap iaitu dua hingga tiga kali seminggu. 

Penting: Kaedah ini tidak sesuai untuk kulit sensitif


4. SERBUK KUNYIT




Curcumin dalam kunyit bukan hanya memberikan warna dan rasa tetapi ia juga mampu mengurangkan penghasilan melanin pada kulit. 

Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita. Rawatan menggunakan serbuk kunyit sekali seminggu boleh menghilangkan jeragat di wajah. 

Cara-cara hilangkan jeragat dengan serbuk kunyit:

  • Satu sudu teh serbuk kunyit digaulkan bersama jus lemon. 
  • Kacaukan hingga menjadi sebatian yang pekat. 
  • Ratakan di seluruh kawasan yang berjeragat dan biarkan hingga kering.
  • Kemudian, cuci dengan air bersih.

5. PENGGUNAAN SET LENGKAP SKINCARE YOUTH SHAKLEE
Penggunaan skincare yang lengkap dengan rutin pembersihan kulit wajah tanpa culas setiap hari sangat membantu kulit lebih sihat dan berupaya mencegah dari jeragat. Pengalaman ibu saya sendiri menggunakan Skincare Youth Shaklee untuk masalah jeragatnya, alhamdullilah dapat diatasi. Youth Skincare mengandungi bahan-bahan yang mencerahkan kulit atau agen pencerah , antaranya 20% Vitamin C ada dalam Radiance C+ENiacinamide dan Lactic Acid ada dalam Luminous Gel Cleanser dan Skin Perfecting Toner dan Licorice Root adalah BAHAN AKTIF dalam Renewal Night Cream.

Youth Shaklee juga telah diuji kepada 100 orang wanita berlainan bangsa dan kaum, dan terbukti mampu meningkatkan kesihatan kulit , termasuk mengurangkan jeragat.

  Moisturizer sangat penting bagi wajah. Bukan sahaja untuk melembapkan kulit , tapi dapat bantu merawat kulit, antipenuaan kulit, elakkan dehidrasi pada wajah & kulit tampak glowing. Penggunaan moisturizer sangat penting untuk menghilangkan jeragat. Age Defense Moisturizer dengan SPF50 membantu mengurangkan sinar UV dan mengandungi antioksidan untuk membaiki kerosakan kulit akibat sinar UV dan radikal bebas.


Skincare Youth Shaklee juga dijamin Bebas Hydroquinone dan 1500 bahan-bahan kimia berbahaya yang biasanya terdapat dalam produk skincare. No Paraben, No Fragrance.100% semulajadi dari bahan botani terpilih. Selain penggunaan skincare yang mengandungi bahan semulajadi ,Produk yang saya highy recommended untuk kesihatan dalaman pula ialah  ResVivix terbaik untuk anti aging. Anda boleh lihat Testimoni Shaklee saya sendiri .


TESTIMONI MEREKA YANG MENGGUNAKAN YOUTH SHAKLEE UNTUK MASALAH JERAGAT




NAK KULIT SIHAT JOM KITA BERALIH KEPADA PRODUK YANG ORGANIK, SELAMAT, PROVEN DAN EFEKTIF

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.








#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#TestimoniShaklee
#PetuaHilangkanJeragat
#PengedarShakleeBaganDatuk




















Comments

Popular Posts