Assalamualaikum semua dan salam ukhwah buat pembaca yang masih sudi singgah di blog saya. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan saya mengenali Shaklee dan bagaimana Shaklee ini banyak membantu memperbaiki tahap kesihatan saya dan keluarga, alhamdulillah dengan izin Allah jua💗
Saya mengenali Shaklee ketika saya hamil anak yang kedua, antara masalah kesihatan yang paling kronik saya hadapi setiap kali hamil yang banyak menganggu rutin harian saya ialah morning sickness yang agak teruk sehingga usia kandungan saya 7 bulan.
Memang tempoh ni, saya banyak kehilangan berat badan disebabkan selalu muntah setiap kali makanan masuk😖 Tuhan je yang tau bagaimana seksa rasanya saya melalui tempoh itu dalam keadaan badan yang sangat lemah tapi terpaksa juga memandu berulang alik ke tempat kerja hampir 40km setiap hari.
Dalam tempoh itu juga, saya sebenarnya mencari suplement / makanan tambahan untuk bantu tambah tenaga saya sepanjang kehamilan saya. Sehinggalah saya jumpa Set Hamil Shaklee di carian google, bila buat sedikit research saya dapati banyak review yang sangat baik berkaitan Set Hamil Shaklee ini . Apa lagi saya terus google pengedar yang terdekat dengan tempat tinggal saya. Akhirnya saya dapat beli set Hamil Shaklee ini dengan seorang Pengedar sah Shaklee di Klang.
Alhamdulillah , setelah hampir sebulan saya amalkan Set Hamil Shaklee ini, morning sickness saya semakin berkurangan, malah masalah gastrik saya hilang sama sekali bila saya consume ESP setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Set Hamil Shaklee ini juga sangat membantu menambah tenaga saya walaupun memandu jauh berbanding sebelum itu memang saya mengalami keletihan melampau walaupun masih awal pagi. Syukur sangat Allah gerakkan hati saya untuk ikhtiar dengan Shaklee .
Bila saya konsisten consume set ini juga, setiap kali saya buat pemeriksaan kehamilan berkala di klinik kesihatan, tahap hb saya juga meningkat dengan perkembangan yang sangat baik bagi tumbesaran bayi dalam kandungan , walaupun sejarah kehamilan sebelum itu, saya mengalami anemia yang agak teruk. Saya terus konsisten amalkan set ini sehingga berpantang dan menyusu. Alhamdulillah, kerana mereka lah ibu mula mengenali Shaklee.💓
|
My baby Shaklee
Selepas melahirkan saya pernah mengalami gangguan hormon yang agak teruk menyebabkan kulit wajah saya dipenuhi jerawat yang agak kronik dan kelihatan kusam. Saya terus konsisten set hamil tersebut tapi kali ini saya add on pula dengan Vivix , alhamdulillah kulit saya semakin pulih dan lebih sihat berbanding sebelum saya consume Shaklee. Gambar di bawah menunjukkan transformasi kulit saya yang dulunya sangat kusam dan gelap disebabkan parut jerawat kepada lebih sihat dan cerah. |
3 beradik ni kalau korang konsisten ambik insyaallah bantu kuatkan imun, kulit makin cantik dan anti aging. Sebabnya Esp mengandungi protein Non-Gmo yang berkualiti dan sangat efektif memperbaharui sel-sel kulit yang rosak. Vivix pula sangat membantu memperbaiki kerosakan sel sehingga ke perngkat DNA dan Vitamin C Shaklee umpama makanan untuk kulit kita. Bila tubuh badan kita cukup nutrisi yang diperlukan , banyak masalah kesihatan lain dapat diatasi.
TESTIMONI IBU SAYA AMALKAN SET KESIHATAN WARGA EMAS SHAKLEE
Saya juga nak kongsikan testimoni bagaimana ibu saya lebih sihat bila amalkan Shaklee. Sebelum ibu saya mengenali Shaklee selalulah dia mengadu sakit badan, cepat letih dan sangat susah nak tidur malam. Simptom yang biasa dihadapi oleh warga emas., jadi saya ikhtiar dengan ResVivix untuk kesihatan beliau. Alhamdulillah sejak ibu saya amalkan Vivix dan #ResV ni tahap kesihatannya makin baik, tekanan darah dan kondisi jantungnya juga semakin baik bila buat monthly check up.
Buat apa pun energetic je. Sakit lutut yg beliau alami sebelum ni pun dah hilang.Semua dengan izin Allah.
Bila umur camni memang banyak perkara perlu diberi perhatian, selain kena jaga pemakanan, senaman, suplement juga sangat penting untuk tampung nutrisi yg kurang tu. Sebab penyakit 3 serangkai memang sangat mudah datang.
Fungsi #Resv dan #Vivix ni dalam melindungi sel badan memang sangat baik diamalkan oleh golongan warga emas khususnya terutama sekali ia membantu menyokong kesihatan jantung dan sendi mereka.
Semoga Allah mudahkan urusan dan rezeki saya berikan yang terbaik buat ibu dan semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik buat mereka.
Syukur sangat Allah lorongkan saya dalam bisnes Shaklee ni, supaya saya diberi peluang bantu family dan orang lain untuk dapatkan kesihatan lebih baik.
Video di bawah menunjukkan keadaan kulit saya yang semakin pulih dengan cepat bila konsisten amalkan Shaklee. alhamdulillah dengan izin Allah.😊
Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata lebih ramai lagi di luar sana untuk amalkan Shaklee sebagai ikhtiar untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bukan saja untuk diri malah keperluan seisi keluarga.
Shaklee juga Dipercayai Sebagai Trusted Brand Vitamin Suplemen Malaysia | Shaklee ialah pemenang Trusted Brand Awards bagi kategori vitamin dan suplemen bagi tiga tahun berturut-turut 2021, 2022 dan paling terbaru 2023 dibuat oleh Reader Digest (diundi oleh pengguna).
Ini disebabkan Shaklee ini adalah suplement yang SELAMAT, PROVEN dan EFFECTIVE walaupun anda amalkan dalam jangka masa yang panjang. Bila dah jadi ahli Shaklee, korang sebenarnya berpeluang makan Vitamin Shaklee dengan Percuma tau!
Dengan perkongsian testimoni saya ini juga semoga saya berpeluang untuk menang hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com 😍
Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee. Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI
Sebarang pertanyaan lanjut , terus hubungi saya 👇
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#TestimoniShaklee
#RenewalShaklee
#PengedarShakleeBaganDatuk
Comments
Post a Comment