Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee




Assalamulaikum, hai semua...menjengah kita ke bulan Oktober. Sebenarnya ini adalah bulan kelahiran saya . Excited tu lebih sikit pada biasa hihi, dan tahun ni adalah permulaan yang baik buat saya dalam bidang menulis blog , alhamdulillah semoga dapat terus istiqamah berkongsi kebaikan tentang Shaklee, penjagaan kesihatan, kehidupan dan dapat memberi inspirasi pada orang lain juga.

Ok, perkongsian kali ini, saya nak menyentuh tentang TIME FREEDOM atau Kebebasan Masa dalam kita berbisnes. Bagi diri saya, sudah tentu Kebebasan Masa saya bersama Bisnes Shaklee. Sebelum ini, saya pernah juga menjalankan bisnes Shaklee secara sambilan .Pada masa itu, saya masih bekerja dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, jadi tumpuan dan FOKUS saya memang sangat kurang berbanding sekarang.


Time Freedom saya bermula apabila saya mula berhenti kerja disebabkan ingin menumpukan perhatian kepada keluarga, tapi ketika itu ia tidaklah bermakna saya mempunyai kebebasan masa bersama keluarga seiring dengan kebebasan kewangan saya . Bila tidak bekerja dan mengharapkan hanya pemberian daripada suami , kedudukan kewangan saya tidaklah seperti ketika saya masih bekerja. Apa yang saya belanjakan semuanya kena betul-betul terkawal dan ketika itu hanya keperluan anak-anak yang saya utamakan.


Bertitik tolak daripada itu . saya mula mencari cara untuk menambah income bagi membantu meringankan pendapatan suami. Saya mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan homemade daripada rumah. Permintaan ketika itu agak memberangsangkan tapi ia bermusim, dan walaupun ketika itu pendapatan yang saya perolehi agak baik tapi kesihatan saya semakin merudum sebab badan terlalu letih dengan tempahan makanan yang kadang-kadang memerlukan saya berjaga malam.
Sehinggalah saya dipertemukan dengan Projek Mobile Spa (The Walking Beauty) di bawah kelolaan Master Ainul Shahrazad. Bermula dengan modal yang agak rendah , saya dapat memulakan bsines Mobile Spa atas nama saya sendiri iaitu Imani Mobile Spa. Disinlah, saya mendapat kebebasan masa sebenar seiring dengan kebebasan kewangan yang saya ingini selama ini. Saya sendiri tak sangka bermula dengan Mobile Spa (TWB) ini saya berpeluang menikmati 5 penjuru income lain yang sebahagian besarnya adalah dengan Shaklee. 

Melalui Shaklee juga , saya berpeluang upgrade ilmu nutrisi dan menyertai Kursus Berpantang (Mother Recovery) pula untuk menambah skill saya dalam bidang spa dan kesihatan. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan bertuah dapat merasai pengalaman menuntut ilmu seperti itu.

Time Freedom Dengan Shaklee :




1. Masa kerja yang fleksibel

Saya dapat menjalankan bisnes Mobile Spa saya mengikut kesesuaian masa yang saya ada. Maksudnya, sambil berbisnes saya masih boleh membahagikan masa menguruskan  anak-anak terlebih dahulu sebelum memberikan servis spa kepada customer. Saya juga dapat adjust mengikut masa lapang customer walaupun pada waktu malam sekalipun. Sebab bila kita melakukan sesuatu dengan 'passion' kita akan rasa enjoy bila bekerja. Anak-anak pun gembira bila ibu mereka sentiasa berada disisi walaupun hakikatnya mencari rezeki juga hihi.




2. Dapat Bercuti pada bila-bila masa bersama keluarga

Kalau dulu ketika saya masih bekerja, hujung minggu pun terpaksa turun bekerja disebabkan bidang kerja saya memerlukan komitmen saya untuk menjadi kru event / majlis yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Memang sangat sukar untuk saya dapat meluangkan masa bersama keluarga lebih-lebih lagi untuk pergi bercuti. Ditambah pula dengan masalah permohonan cuti yang banyak prosedurnya sebelum diluluskan. Kini semua itu tiada lagi. saya dapat pergi bercuti bersama keluarga bila-bila masa sahaja, Dengan income daripada Mobile Spa yang saya jalankan dan bonus hasil penjualan produk Shaklee setiap bulan membuatkan saya tidak berkira mengenai bajet untuk percutian bersama keluarga.

3. Lebih Fokus dalam aspek Kerohanian.

Bila dapat menguruskan masa bekerja dengan betul, saya berpeluang melakukan ibadah sunat seperti solat dhuha, solat tahajud  dan banyak lagi amalan kerohanian lain lagi dengan lebih istiqamah. Saya juga dapat menyertai lebih banyak aktiviti keagamaan yang melibatkan jiran tetangga di surau atau masjid yang berdekatan. Nikmat mana lagi yang mahu didustakan, alhamdulillah.. Semoga saya dapat terus istiqamah melakukannya sebagai makanan jiwa saya dan memperbaiki diri kepada lebih baik terutama dalam kehidupan dan silaturrahim sesama masyarakat.


Jadi, janganlah kita mensia-siakan masa yang ada, selagi kita mampu memberikan yang terbaik untuk orang-orang yang kita sayangi berusahalah. Anda yang ingin bersama-sama saya menjana pendapatan tanpa had dengan Mobile Spa dan Shaklee, boleh hubungi saya. Bersama-sama kita membina kejayaan dengan bisnes yang kukuh dan dapat diwarisi hingga ke anak cucu ini.

Anda juga boleh BACA >>> Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Sejak Awal.
                                                Kelebihan Bisnes Shaklee - 3C
                                                Mobile Spa Bantu Jana Pendapatan Ramai Wanita





Nora Yusof


Beautician BOTG
Whatsapp : 016-3649751
FB : Norra Imani
IG : shakleeby_noraieda (Shaklee)
IG : botg_mobilespaperak (BOTG)


FB PAGE MOBILE SPA : Kursus Mobile Spa Termurah

Comments

Popular Posts