Tips Ketika Travel

 


Bila kita sentiasa sibuk bekerja sepanjang tahun, melancong atau bercuti adalah sesuatu yang sangat dinantikan bagi merehatkan minda dan menenangkan fikiran disebabkan tekanan kerja / rutin kehidupan seharian.

 Ada kajian dibuat  dengan travel sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan. Ia bukan sahaja memberi kita peluang mengembara ke tempat baru malah dengan melancong , kita juga berpeluang mendapat pengalaman menarik seperti mengenali budaya masyarakat tertentu disamping menambah kenalan baru. Seronok kan, bila dapat 'me time'' atau menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga dengan bercuti ke tempat yang sudah lama kita ingin lawati.

Tapi ada juga perkara yang kita perlu beri perhatian dan elakkan sepanjang kita pergi melancong / bercuti supaya percutian kita nanti lebih teratur dan berjalan lancar. Entry kali ini, saya ingin kongsikan Tips Travel dimana ada perkara yang perlu kita elak ketika bercuti.


1.  MEMBUAT TEMPAHAN PERCUTIAN ''LAST MINIT''


Persediaan awal sangat penting jika anda ingin bercuti dalam keadaan tenang. Membuat tempahan di hujung waktu (last minit) sangat perlu dielakkan bagi yang ingin membeli tiket yang lebih 'mesra poket''. Terutama sekali tiket pengangkutan, tiket penerbangan misalnya, anda kena sentiasa peka dimana ada sesetengah syarikat penerbangan membuat promosi jualan tiket dengan harga JIMAT. Jadi, dalam tempoh promosi inilah kita rebut peluang untuk dapatkan tiket lebih murah dari harga biasa!

Contohnya tiket AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sarawak jika dibeli awal berharga RM 150 tetapi jika dibeli sehari dua sebelum penerbangan tiket boleh mencecah hingga RM 1000! Harganya lebih meningkat ketika musim perayaan.

Begitu juga dengan tempahan penginapan seperti hotel, homestay, AirBNB dan sebagainya. Kebanyakan harga penginapan seperti ini lebih murah jika anda  membuat tempahan atas talian. Bila anda buat semua ini di saat-saat akhir , pastinya sangat sukar untuk mendapatkan harga atau pakej yang lebih menjimatkan bukan?


2.  TERLALU BANYAK BARANG DIBAWA KETIKA TRAVEL


Pastinya ketika travel inilah kita tak nak lepaskan peluang untuk kelihatan cantik dan bergaya,betul tak? Masa bercutilah masing-masing sibuk nak mengambil gambar atau merakam kenangan indah berlatar belakang kan tempat percutian yang indah tu. Tapi bila bagasi atau barang yang terlalu banyak kita bawa ketika bercuti pastinya sedikit sebanyak menganggu pergerakan kita kan! Jadinya berpada-padalah membawa pakaian yang sesuai dan mudah untuk dibawa sepanjang travel nanti.

Contohnya situasi bila anda membawa terlalu banyak bagasi, ia bukan sahaja menyusahkan ketika check in bag di lapangan terbang malah menyukarkan perjalanan kita untuk ke lokasi penginapan jika hotel atau airbnb tu terletak dikawasan berbukit.

Selain itu, kebiasaannya kelengkapan mandian seperti syampu, sabun, tuala mandi, seterika dan sebagainya pasti disediakan oleh pihak hotel,jadi barang-barang tersebut tidak perlu anda bawa, ia hanya akan lebih memberatkan bagasi anda sahaja.


3.  TUKAR MATAWANG DI LAPANGAN TERBANG


Bila anda menukar matawang atau currency di lapangan terbang, ini adalah perkara yang merugikan. Ia disebabkan cukai yang dikenakan adalah tinggi dan kadar tukaran juga rendah. Adalah lebih baik sekiranya anda membuat tukaran matawang di kawasan bandar, biasanya penggurup wang di kawasan bandar ini mempunyai kadar tukaran yang berpatutan dibandingkan di lapangan terbang. Anda juga boleh membuat pilihan lain seperti Bigpay, mengeluarkan duit dari ATM tempatan, dan menggunakan kad kredit.


4.  TERLALU MENGIKUT JADUAL PERJALANAN


Membuat perancangan awal atau jadual adalah langkah bijak ketika anda pergi bercuti. Namun, bila anda terlalu mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak agensi percutian misalnya menyebabkan kita akan merasa murung atau lebih tertekan bila berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti hari hujan dan tidak dapat bergerak ke lokasi yang ingin dilawati dalam tempoh masa yang dirancang.  Ruang dan fleksibiliti untuk perkara seperti ini sebenarnya memberi anda rasa tidak selesa dan kurang seronok ketika bercuti. 

Bila kita tidak terlalu mengikut jadual perjalanan, diri kita akan lebih relaks dalam menghargai setiap moment ketika bercuti dimana kita tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk melawati sesebuah tempat yang kita ingin lawati.


5.  SIBUK DENGAN MEDIA SOSIAL


Dalam era teknologi kini, pastinya setiap orang ingin mengabadikan kenangan ketika bercuti  dalam bentuk digital. Seiring dengan perkembangan sosial media masakini, ramai yang tak nak lepas peluang untuk berkongsi momen indah tersebut di facebook, instagram atau tiktok. Jadinya, di tangan sentiasa tersedia dengan telefon pintar dan juga kamera. Walaupun kita teruja untuk merakam momen-momen indah tersebut,  janganlah pula kita terlalu sibuk hingga tidak dapat menghargai sepenuhnya keindahan yang terbentang di depan mata.

Biasanya bila kita terlalu sibuk untuk mengemaskini aktiviti di media sosial, kita terlepas peluang untuk menikmati keindahan dan meluangkan masa berharga dengan percutian paling indah dengan yang tersayang.


TRAVEL DENGAN SHAKLEE



Impian saya ialah travel atau bercuti dengan Shaklee. Percutian bersama Shaklee ini adalah

salah satu insentif yang ditawarkan oleh Shaklee kepada semua pengedarnya yang layak . Semuanya PERCUMA DAN DITANGGUNG oleh pihak Shaklee😍 Trip dengan Shaklee kita tak perlu pun pening kepala fikirkan tentang persediaan untuk bercuti, semuanya telah diuruskan oleh Shaklee, kita bawak diri je hihi seronok kan!

Setiap trip Shaklee pastinya tersangat mewah. Shaklee hanya pilih hotel 5 bintang yang paling terkenal dibandar tersebut untuk dijadikan tempat penginapan . Paling best, dari tiket penerbangan sehingga ke penginapan mewah, pengangkutan, semuanya Shaklee uruskan. Mereka yang layak percutian juga diberi duit belanja lagi iaitu elaun makan sekiranya nak beli makanan.

Nak tau seronoknya bercuti dengan trip Shaklee boleh terus pembacaan anda disinI >>>> PERCUTIAN MEWAH SHAKLEE 😊

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.

Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI 👇


Sebarang pertanyaan lanjut , terus hubungi saya 👇







#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#PengedarShakleeBaganDatuk
#tipsbisnesonline
#TipsTravel

















Comments

Popular Posts