Kepentingan Vitamin E Pada Tubuh Badan Kita

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya. Semoga kalian dikurniakan kesihatan yang baik. Entry kali ini saya ingin berkongsi tentang pentingnya Vitamin E pada tubuh badan kita.

Ramai yang tak tahu sebenarnya vitamin E adalah vitamin yang larut dalam lemak. Kebaikan vitamin E ini antaranya ialah ia adalah sumber nutrien yang sangat penting menjadikan kulit, mata dan otak lebih efisien , ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan disamping menjadikan fungsi tubuh lebih baik



Vitamin E pilihan saya dan keluarga ialah vitamin E shaklee . Ini disebabkan 𝐕𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐄 merupakan 𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐥𝐚𝐫𝐮𝐭-𝐥𝐞𝐦𝐚𝐤 mempunyai ciri antioksidan yg mampu melawan radikal bebas di dalam badan. V𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐄 shaklee yang juga dikenali sebagai 𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 & 𝐯𝐢𝐭𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 sangat penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi dengan kadar optimum.



𝟏 𝐊𝐚𝐩𝐬𝐮𝐥 𝐕𝐢𝐭𝐚-𝐄 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐱 𝐒𝐡𝐚𝐤𝐥𝐞𝐞 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢:📌

  • 𝟰𝟬𝟬𝙄𝙐 𝙑𝙞𝙩𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙀 dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
  • 𝟲𝟱𝙢𝙘𝙜 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙣𝙞𝙪𝙢 untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.
  • 𝟯8𝙢𝙜 𝙀𝙠𝙨𝙩𝙧𝙖𝙠 𝘽𝙞𝙟𝙞 𝘼𝙣𝙜𝙜𝙪𝙧, mengandungi proantosianidin iaitu sebatian yg mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.



5 Sebab Kita Perlukan Vitamin E ialah:


1. Menyokong Kesihatan Penglihatan

Vitamin E membantu mengurangkan risiko degenerasi makular. Makular adalah salah satu bahagian penting berbentuk bujur di dalam mata yang membawa fungsi utama daya penglihatan. Peningkatan usia adalah faktor utama kepada masalah penurunan fungsi daya penglihatan atau Age-related Macular Degeneration (AMD). Pengambilan vitamin E secara konsisten dapat mengurangkan 20% risiko AMD. Vitamin E juga dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak.


2. Menambah Baik Pergerakan Sperma

Vitamin E juga telah terbukti untuk mengurangkan kecacatan sperma lelaki dimana boleh membawa kepada kurangnya risiko kecacatan kelahiran dan keguguran. Vitamin E ini berfungsi dan bekerjasama dengan selenium bagi melindungi ciri-ciri sperma dan meningkatkan peluang hamil pada wanita. 

Kajian yang pernah dibuat menunjukkan tahap kesuburan lelaki yang mengambil suplemen vitamin e ini meningkat 10% walaupun mengamalkannya hanya dalam beberapa bulan.



Vitamin e juga membantu menambah baik pergerakan sperma dimana sperma bergerak lebih bebas dan mudah serta berkualiti tinggi, ia menjadikannya lebih mudah bagi seorang wanita untuk hamil. Kebanyakan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, jadinya vitamin E ini bantu pergerakan sperma bergerak dengan bebas dan mencukupi. Maka tak hairanlah, hubungan intim pasangan yang mengamalkan vitamin e ini semakin hangat 😂



3. Menyokong Kesihatan jantung

Mengambil vitamin E ini dapat memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular anda sekaligus membantu anda mengelakkan gangguan vaskular dan penyakit jantung. Ia membantu menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung dengan fungsi:

  • menghalang oksidasi kolestrol LDL (kolestrol tidak baik) untuk mengurangkan risiko pembentukan plak pada lapisan dinding saluran darah
  • menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.
  • mengekalkan kesihatan saraf dan otot sekaligus menguatkan dinding kapilari.



4. Menjadikan Kulit Lebih Sihat Dan Berseri

Manfaat vitamin E pada kulit sangat banyak. Antaranya ialah, ia membantu membentuk kolagen, meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ini disebabkan vitamin E yang diambil akan diserap oleh lapisan epidermis kulit dan digunakan untuk membaiki kulit yang rosak.

Ini terbukti dengan kajian yang menyatakan bahawa vitamin E boleh mengurangkan keradangan (kedua-duanya berlaku dalam badan atau kulit), seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda. Sifat antioksidan vitamin E juga dianggap mempercepatkan pertumbuhan semula kulit , mencegah kerosakan kulit dan melindungi daripada kanser kulit.






5. Menjadikan Fungsi Otak Lebih Baik

Vitamin E adalah antioksidan yang boleh melindungi sel-sel otak daripada mengalami kerosakan. Pengambilan suplemen vitamin E dalam pemakanan harian boleh memperlahan gejala kehilangan ingatan pada orang yang mengalami demensia dan juga mampu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Sifat anti-radang dalam vitamin E juga boleh membantu dalam memastikan DNA sihat dan mereplikasi dengan betul sambil mengekalkan struktur sihat membran sel otak. Walaubagaimana pun, suplemen vitamin E tidak boleh diambil secara berlebihan, ada kajian dibuat jika vitamin E diambil berlebihan ia boleh meningkatkan risiko kematian.


SOALAN LAZIM TENTANG VITAMIN E

1. Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil Vita-E Complex? 

Vitamin E adalah vitamin larut lemak, jadi ia bagus untuk diambil bersama hidangan makanan. 

2. Jika saya mempunyai kulit yang berminyak, adakah sesuai untuk saya mengambil vitamin E? 

Individu dengan kulit berminyak mungkin mempunyai kepekatan vitamin E yang tinggi pada bahagian dermis dan epidermis kulit. Walaubagaimanapun, vitamin E bagus untuk kulit apabila diambil bersama vitamin C. 

3. Jika saya mempunyai kulit yang kering, adakah sesuai untuk saya mengambil vitamin E? 

Kulit akan mudah merengsa dan meradang apabila kering. Ianya sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Dengan vitamin E, lapisan penghalang minyak dapat dibina dan dapat mengekalkan kelembapan kulit. 

4. Saya sedang mengandung. Bolehkah saya mengambil Vita-E Complex? 

Jika anda sedang hamil atau menyusukan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum mengambil suplemen vitamin E. Walaubagaimanapun, nutrien-nutrien yang penting untuk diambil semasa tempoh kehamilan adalah protein, asid lemak omega 3, vitamin C, kalsium, vitamin B dan zat besi. 

5. Saya merupakan seorang lelaki yang sedang merancang mendapatkan anak. Bolehkah vitamin E membantu meningkatkan bilangan sperma? 

Secara amnya, kajian tentang vitamin E dan bilangan sperma menunjukkan fungsi vitamin E sebagai antioksidan untuk melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai masalah kesuburan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.

 Testimoni Vitamin E pada kulit





Antara tajuk yang berkaitan:
            >>>> Suplement Bantu Recover  'sunburn'

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.

Korang yang nak dapatkan vitamin E dengan harga JIMAT, jangan lepaskan peluang grab promosi clearance Shaklee sekarang, cepat dapatkannya selagi stok masih ada!




Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI 👇


Sebarang pertanyaan lanjut , terus hubungi saya 👇







#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#PengedarShakleeBaganDatuk
#vitaminEshaklee
#kecantikankulit
#kesuburan














𝒂



Comments

Popular Posts