10 Idea Menu Sahur Sihat


Pemilihan makanan dalam menu sahur sangat penting bagi memastikan kita bertenaga sepanjang hari, makanan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan paling utama untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.


Ramai sebenarnya yang pening nak fikir idea yang sesuai untuk sediakan menu sahur yang sihat untuk seisi keluarga.


Selain daripada Set Puasa Shaklee yang saya ambil sepanjang Ramadhan ini bagi mengekalkan tenaga kami sekeluarga sepanjang hari , saya juga ingin kongsikan Idea Menu Sahur Sihat  lain yang korang boleh amalkan  untuk kekal sihat sepanjang berpuasa. 



1. Salad Sayur-Sayuran




Puasa sebenarnya memberikan kita peluang mengawal pemakanan dengan lebih teratur. Apa kata kita sediakan salad sayur-sayuran ketika sahur.


Tapi sesetengah orang sangat takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Tapi anda tidak perlu risau kerana nutrisi daripada sayur-sayuran dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan. Salad sayur yang dicampur dengan olive oil dan sedikit garam bukit sebenarnya sangat sedap tau!


Belum cuba belum tahu😄


Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana rendah kalori dan tinggi kandungan air.


2. Avokado


Ramai yang tidak tahu sebenarnya semangkuk avokado yang dimakan ketika sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Ini disebabkan sebiji avokado mempunyai serat serta lemak sihat yang memerlukan masa yang lama untuk dihadam. 


Sebab itula kita akan rasa kenyang lebih lama. Paling istimewanya avokado ini  ia kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin E, kalium dan folat untuk kesihatan menyeluruh.


3. Oat



Kebanyakan mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan , oat antara menu popular yang menjadi pilihan mereka. Anda boleh pelbagaikan hidangan oat ini dengan menambahkan buah-buahan dan kekacang supaya menu berasaskan oat ni lebih sedap berbanding rasa 'kosong' tu.

Banyak khasiat dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Jom cuba oat untuk menu sahur korang!


4. Kekacang


Kandungan penting dalam kekacang seperti gajus dan badam  seperti protein, serat karbohidrat kompleks sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan sampingan dalam menu sahur anda. Ini disebabkan kekacang sihat seperti ini sangat membantu memberikan mengekalkan kita tenaga sepanjang hari.

Tapi korang kena ingat elakkan  mengambil kekacang yang mengandungi garam, gula dan perasa tambahan  bagi mengekalkan khasiatnya.


5. Menu Telur


Menu paling mudah disediakan dan berkhasiat pastinya telur rebus. Ramai  yang tertanya-tanya bagaimana telur ni boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama? Ini disebabkan kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori membantu mengurangkan rasa lapar di siang hari bila korang jadikan ia sebagai menu sahur.

6. Barli / Muesli


Apa kata korang cuba barli atau muesli sebagai menu sahur , kerap makan nasi pun bosan juga kan. Barli boleh diolah menjadi bubur manis dan savouri. Ia sangat padat dengan protein dan khasiat serat dan pastinya  tergolong dalam bijirin yang berserat tinggi.

Muesli pula penuh dengan kebaikan daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian.

Sangat sedap dan sesuai dimakan dengan susu segar atau susu full cream pilihan anda.

Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga dihasilkan dalam bentuk bar yang lebih mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. 


7. Buah Epal



Sesekali bersahur dengan buah epal sedap juga. Khasiat dari sebiji epal juga dapat membantu kita rasa lebih bertenaga ketika berpuasa disebabkan kandungan air dan serat yang tinggi membantu mengekalkan rasa kenyang dalam masa yang lama.


Kalau korang nak tau epal bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.


Jangan buang kulit epal ya semua! Sebabnya kulit epal mengandungi serat pektin yang turut berfungsi untuk mengawal nafsu makan.



8.  Buah Kurma


Makanan sunnah seperti kurma ini memang jadi pilihan utama mereka yang berpuasa. Cukup dengan 3 biji kurma sebagai menu sahur membantu anda kekal rasa kenyang lebih lama disebabkan khasiat seratnya yang tinggi dan paling baik untuk sistem penghadaman.


Rasa manis semulajadi kurma ini sesuai juga bila di blend dengan susu segar sebagai minuman sahur yang mengenyangkan.


9. Daging Merah


Menu sahur sihat seterusnya ialah hidangan berasaskan daging merah . Selain ikan , daging merah juga antara sumber protein yang sangat baik untuk kesihatan darah.

Ia kaya dengan zat besi serta B12 dan semestinya untuk mendapatkan khasiat terbaik dari daging merah, pastikan anda bijak memilih daging segar dan elakkan daripada membeli daging yang diproses.  


10. Ikan


Hidangan ikan terkenal sebagai makanan yang tinggi khasiat proteinnya bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa lebih-lebih lagi bila ia dibakar atau dikukus bagi mengekalkan kesegarannya.

Jenis ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak omega-3 paling membantu  menurunkan paras kolesterol dalam darah dan menguatkan sistem imun badan.

Bagi hidangan sempurna menu sahur sihat anda, ikan panggang sesuai disediakan dengan sayuran berkhasiat bagi memnambah tenaga anda sepanjang hari berpuasa.


Makanan Sahur Mengenyangkan & Berkhasiat Pilihan Kami Untuk Terus Kekal Sihat



S𝐞𝐭 Puasa Shaklee ini yang sangat banyak membantu saya dan keluarga bertenaga sepanjang hari selain daripada menu sahur lain .
Dalam Set ni, dah lengkap dan complete dengan 3 kategori dah, BERI TENAGA + RASA KENYANG LEBIH LAMA + KURANG DAHAGA YANG MELAMPAU
Benda ni lah yang semua orang PALING PERLUKAN waktu bulan Ramadhan kan?
Dalam Set Puasa Shaklee ni ada 3 produk:

1) ESP
➡️
Membantu memberi tenaga yang berpanjangan serta bantu atasi masalah GASTRIK sewaktu berpuasa

2) CINCH SHAKE
➡️
Membantu beri rasa kenyang yang lebih lama berbanding makan nasi

3) PERFORMANCE DRINK
➡️
Membantu badan kekal hidrat dan lembap walaupun kurang minum air di bulan puasa dan kurangkan rasa dahaga yang melampau

Bayangkan, sahur dengan Set PUASA Shaklee ni amek masa tak sampai 10 minit dah setel dan sangat mudah disediakan.
😍😍
Fuhhh lega hati mak-mak kan? Bila kurang penat kita bolehla lebih fokus pada ibadah di bulan Ramadhan ini. Tabiat pemakanan kita sebenarnya sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita di masa akan datang.

Anda juga boleh baca perkongsian sahabat saya tentang Menu Sahur Sihat untuk dijadikan rujukan nanti dan diharap ia membantu menambah idea dalam penyediaan sahur untuk diri dan keluarga sepanjang Ramadhan ini.


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE DENGAN KONSULTANSI

Terus Hubungi saya di:




Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.

Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI





















 








 

Comments

Popular Posts