5 Keperluan Dalam Pemakanan Ibu Mengandung
Alhamdulillah entry kali ini, saya ingin berkongsi antara topik yang paling penting untuk kita beri perhatian terutama sekali pada para wanita yang bakal menimang cahaya mata. Bagi seorang wanita ,kehamilan adalah antara moment yang sangat bermakna untuk dilalui.
Bermulanya perjalanan saat mengetahui diri sudah mengandung sehingga melahirkan adalah satu kenangan yang pasti sangat sukar dilupakan. Sudah pasti setiap pasangan mengharapkan bayi yang lahir bukan saja cukup sifat, malah sihat fizikal dan juga mental. Antara keperluan utama yang perlu diberi perhatian bagi wanita mengandung sebagai persediaan sebelum melahirkan ialah pemakanan sihat sepanjang kehamilan.
Pemakanan ibu hamil memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Apa yang terbaik untuk ibu hamil?
Jom lihat dan amalkan 🥰
5 Keperluan Dalam Pemakanan Ibu Mengandung
Kumpulan makanan yang dicadangkan oleh KKM untuk ibu hamil |
Antaranya sayur bayam yang kaya dengan kandungan vitamin A, C dan K yang diperlukan oleh ibu hamil. Selain itu,ramai yang tak tahu brokoli juga mengandungi vitamin K dan kalsium yang membantu menguatkan tulang ibu yang mengandung di samping mencegah daripada berlakunya osteoporosis. Brokoli juga boleh melindungi saraf dan meningkatkan pertumbuhan otot.
Selain itu, dalam penyediaan hidangan yang melibatkan sayur-sayuran seperti cara membasuh sayur adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian kerana sayur yang tidak dicuci dengan betul boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini kerana terdapat juga sayur yang mempunyai bakteria seperti sayur kangkung.
#2. Buah-Buahan
Bagi membekalkan tenaga yang berpanjangan bagi ibu hamil ialah dengan pengambilan buah-buahan dalam pemakanan seharian. Ibu hamil sebenarnya sangat memerlukan sumber tenaga kerana badan mereka akan mudah letih dan lesu jika makanan yang diambil tidak berkhasiat. Kudapan sihat dengan makan buah-buahan sangat baik untuk tumbesaran bayi dalam kandungan juga.
Antara buah yang sesuai diambil ketika hamil adalah buah epal merah, pisang, avocado, anggur, kurma dan delima. Buah-buahan dalam golongan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral yang tinggi sesuai untuk kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Kajian turut mencadangkan, mengambil jus delima berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kecederaan kepada plasenta.
Buah epal merah juga antara buah yang paling disukai ibu mengandung dan mempunyai beberapa jenis vitamin seperti vitamin C, A, B1, dan B2. Serat tinggi yang terdapat dalam epal merah juga membantu melancarkan proses pencernaaan dan mengelakkan masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu hamil.
Bagi yang belum tahu ,menurut Islam, buah kurma merupakan buah terbaik untuk ibu hamil kerana ia mengandungi 70% gula yang tidak menyebabkan kencing manis dan masalah berat badan.
Selain itu, khasiat buah kurma juga membantu meningkatkan kecerdasan otak dan menambahkan tenaga untuk ibu hamil sekaligus merangsangkan saraf.
Buah kurma juga sangat baik untuk bayi kerana ia membantu menguatkan tulang bayi dan pembentukan gigi bayi. Saya sendiri amalkan kurma untuk tambah tenaga ketika ingin melahirkan..alhamdulillah kurma ini sangat membantu menambah tenaga saya ketika itu.
Selain itu, buah delima juga mengandungi antioksidan yang berfungsi bagi melawan radikal bebas dalam sel-sel badan. Kandungan dalam delima seperti vitamin A, C, E dan serat ini sangat penting bagi ibu hamil.
#3 . Kekacang Dan Bijian
Kebiasaanya ibu-ibu hamil akan mudah lapar dan suka makan kudapan . Kekacang dan bijian sentiasa menjadi pilihan.Terdapat pelbagai jenis kekacang seperti kacang Almond, kacang merah, kacang gajus dan kacang tanah.
Ada juga sesetengah ibu hamil yang mempunyai alahan pada kekacang.
Sebagai contoh, kacang tanah mengandungi vitamin, protein dan mineral. Antaranya ialah vitamin A, kompleks B, E dan K. Kalsium yang terdapat dalam kekacang dan bijian juga sangat membantu perkembangan otak dan tulang bayi dalam kandungan ibu.
Sebaiknya kekacang dan bijian yang diambil oleh ibu hamil tidak mengandungi garam dan perisa yang tinggi.
#4. Daging Tanpa Lemak
Jangan terlalu banyak makan daging berproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi danzat yang baik. Ia juga boleh menjadi risiko kecil menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.
#5. Produk Tenusu
Terlalu banyak kebaikan susu untuk ibu mengandung bukan sekadar dapat dilihat pada perkembangan janin, tetapi juga memberi kesan terhadap perkembangan anak dalam jangka masa panjang. Sesibuk mana pun seorang ibu yang hamil itu, pengambilan susu dalam pemakanan harian adalah sangat penting. Antara manfaatnya ialah :
- sumber kalsium terbaik
- membantu mengurangkan masalah saraf dan meningkatkan ketumpatan tulang si ibu
- sumber protein untuk perkembangan janin
- mencegah masalah bayi kurang berat
Menurut laporan oleh Daily Mail, saintis mendapati wanita hamil yang meminum sekurang-kurangnya 150ml susu setiap hari berpotensi mendapat anak yang lebih tinggi dan cepat berkembang berbanding mereka yang kurang minum susu semasa hamil.
Sebuah lagi penemuan juga mendapati anak-anak ini memiliki tahap insulin yang lebih tinggi dalam darah, lalu mengurangkan risiko terhadap diabetes type 2.
Ibu hamil disarankan ambil sekurang-kurangnya 2 gelas susu sehari bagi menjamin khasiat yang diperlukan. Susu rendah lemak adalah pilihan yang lebih sihat berbanding susu penuh krim.
Berapakah berat badan yang perlu saya tambah?
Semasa mengandung, purata berat badan tambahan seorang ibu adalah kira-kira 11-15kg. Ini biasanya berlaku apabila anda mencecah minggu ke-20. Keperluan tenaga anda juga meningkat semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Berikut adalah garis panduan umum yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia:
Kenapa sangat penting bagi ibu mengandung memastikan kenaikan berat badan yang sihat? Ini adalah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan mengekalkan kesihatan ibu di tahap optimum.
Kesimpulannya selain menjaga pemakanan, wanita mengandung juga sangat memerlukan suplemen tambahan untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran janin. Kehamilan menyebabkan tubuh wanita mengalami perubahan hormon yang drastik yang memberi tekanan tambahan kepada tubuh.
Oleh itu, wanita mengandung perlu membuat pemeriksaan agar dapat mengetahui jenis vitamin yang diperlukan. Doktor pastinya mengesyorkan suplimen pre-natal yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi ibu itu sendiri. Pilihan suplemen yang paling saya syorkan bagi melengkapi nutrisi sepanjang kehamilan ialah Set Hamil Shaklee. Saya sendiri mengamalkannya ketika mula-mula mengenali shaklee.
BACA>>> Testimoni Shaklee Saya Dengan Set Hamil Shaklee dan ResVivix
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.
Comments
Post a Comment