Doa Terbaik Dijadikan Amalan Harian Buat Wanita

 


Sebagai seorang wanita, bukan sahaja kesihatan dan kecantikan fizikal saja perlu diberi perhatian malah kesihatan mental dan amalan kerohanian juga sangat penting untuk kita amalkan dengan istiqamah dalam menjalani kehidupan. Supaya segala urusan kita dan keluarga sentiasa dimudahkan Allah s.w.t dan mendapat keredhaan dariNya.


Entry kali ini, saya nak berkongsi antara doa-doa yang sangat baik diamalkan bagi seorang WANITA. Ini antara doa untuk wanita yang boleh dijadikan sebagai amalan harian.

PETUA DAN DOA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
.
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
.
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi


.
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
.
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
.
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
.
Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.
Aamiin...

DOA DIKURNIAKAN KECUKUPAN



Antara pengajaran dalam doa ini:

Doa ini merupakan permohonan kepada Allah agar mengurniakan kita sifat redha terhadap semua rezeki yang Allah berikan kepada kita, sehingga kita berasa lapang dada serta sentiasa bersyukur kepadaNya.

Tanpa rasa cukup (qana‘ah) dalam diri ini, manusia tidak akan pernah dapat merasa syukur terhadap nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT

Kita juga perlu memohon kepada Allah agar mengurniakan keberkahan di samping menambahkan lagi rezeki yang sedia ada, atau mengekalkan rezeki kita sehingga kita terus dapat keberkahan dan sentiasa bersyukur kepadaNya.


DOA DIKUATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI



Doa ini adalah doa yang sering dibaca oleh Nabi Daud A.S agar dicintai Allah dan mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan diri sendiri, keluarga dan air dingin yang dapat menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir.

Doa ini sangat baik diamalkan oleh wanita dalam menjaga keharmonian hubungan bersama suami. , kita juga boleh menggunakan doa ini untuk meminta agar kecintaan kepada Allah semakin bertambah dan semoga jika kita mencintai sesuatu, biarlah cinta itu yang mendekatkan diri kita kepadaNya.


DOA PELIHARA SOLAT BUAT DIRI DAN KELUARGA

Surah Ibrahim ayat : 40)

🕋 KANDUNGAN AYAT

🍃 Ayat ini merupakan doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon supaya Allah S.W.T menjadikan Baginda A.S serta keturunan Baginda A.S, orang yang sentiasa memelihara dan mendirikan solat.

🕋 PENGAJARAN

🍃 Doa yang khusus dari Nabi Ibrahim A.S supaya zuriat keturunannya mendirikan dan memelihara solat menandakan besarnya solat di sisi syariat Islam, kerana solat merupakan ibadat asas seorang hamba dan merupakan tiang agama.

🍃 Solat dapat menyucikan jiwa kerana ia mampu mencegah manusia daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.

🍃 Sentiasalah memohon kepada Allah S.W.T supaya menjadikan kita dan zuriat keturunan kita orang yang mendirikan dan memelihara solat dengan penuh khusyuk dan sempurna.

🍃 Tunaikanlah kewajipan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah. Bagi golongan lelaki terutamanya, berjemaahlah di masjid atau di surau sedaya yang mampu.

🍃 Selain solat yang wajib, kita hendaklah memperbanyakkan solat-solat sunat yang lain bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.

🍃 Jadikanlah doa Nabi Ibrahim A.S ini sebagai salah satu doa dari doa-doa harian kita.


DOA MURAH REZEKI DAN DIMATIKAN DALAM KHUSNUL KHATIMAH



 Surah Al-Ahqaaf ini amat baik diamalkan kerana boleh membantu untuk dimurahkan rezeki. Memudahkan bibir mengucap kalimah Allah di saat menuju alam kematian kerana sudah pasti kita semua mahu mati dalam husnul-khotimah. Satu lagi yang pasti semua kita mahu dihormati dan disayangi anak-anak, jadi ayat ini juga dapat membuat anak-anak akan sayang dan hormat kepada kita ibu-bapanya.


DOA DIKURNIAKAN WAJAH YANG CANTIK DAN BERSERI





Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

Ingatlah ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya:

“Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka sujud dan tunduk memberi hormat kepadaku”

Kepada WANITA yang mengimpikan wajah yang cantik dan muka berseri perlulah ia mengamalkan dan membaca Surah Yusuf Ayat 4 dengan kerap secara berterusan. Sila pastikan yang anda betul-betul melakukannya dengan ikhlas serta menjaga solat anda agar keinginan dan doa anda itu dimakbulkan Allah SWT.

Sekiranya anda telah pun mengamalkan Surah Yusuf ini untuk terlihat cantik, anda boleh teruskan pembacaan selain mengamalkan secara konsisten. Ayat dan doa ini juga adalah ayat pengasih untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh diamalkan untuk anak-anak supaya anak akan menghormati kita sebagai ibu bapa mereka, keluarga dan juga semua sahabat handai.


Jadi, amalkan doa agar muka nampak cantik dan ayat pengasih Surah Yusuf Ayat 4 serta Surah Thaha Ayat 39 seperti yang dikongsikan di bawah ini untuk mereka yang ingin terlihat cantik di depan suami, disukai semua orang, wajah bercahaya, cantik luar dalam, pemanis wajah untuk wanita dan lelaki dan banyak lagi.

Akhir sekali ialah  amalan wanita ketika haid yang sangat baik diamalkan ialah membaca zikir-zikir ini sepanjang tempoh haid. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita...Aamin Ya Rabb







Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai bisnes online Shaklee boleh hubungi saya untuk saya bantu anda lebih sihat di samping menjana pendapatan bersama Shaklee.

Nak daftar ahli sendiri dan dapatkan lebih banyak penjimatan , terus KLIK SINI 👇






Sebarang pertanyaan lanjut , terus hubungi saya 👇







#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#PengedarShakleeBaganDatuk
#vitaminuntuk wanita
#doauntukwanita











Comments

Popular Posts