5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 ANgka Dengan Mobile Spa

 
Bismillahirrrahmanirahim...
 
Assalamualaikum semua, apa khabar semua pembaca yang dikasihi, saya doakan anda semua dikurniakan kesihatan yang baik.
 
Kali ni saya nak kongsikan kisah-kisah kejayaan 5 orang wanita yang berjaya dalam Mobile Spa TWB sehingga mampu menjana sehingga 4-5 angka sebulan.
 
Bagaimana mereka pada mulanya tiada langsung skill dan mengalami masalah kekangan modal untuk memulakan bisnes ini tapi dengan adanya keyakinan yang tinggi dan azam yang kuat , mereka berjaya buktikan dengan TWB tak mustahil jana pendapatan yang luar biasa. Jom kita tengok kisah mereka....
 

 
 
1. Kisah Puan Izaty Rosli : Berjaya Jana Income sehingga RM5000 sebulan, walaupun setahun menganggur kerana menjaga anak yang eczema

 
 
 
Puan Izaty Rosli sebenarnya merupakan seorang Akauntan, dan beliau pernah bekerja selama 2 tahun. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa berhenti kerja selepas mendapat anak pertama kerana anaknya memerlukan perhatian dan penjagaan rapi disebabkan ekzema.
Selepas anaknya semakin pulih, beliau mencari pekerjaan yang fleksibel di samping boleh menumpukan perhatian pada anaknya. Akhirnya, beliau  menemui sesuatu yang istimewa dengan Mobile Spa TWB. Beliau dapat melihat kerjaya dengan TWB ini bukan sekadar menjadi beautician tetapi nilainya yang lebih daripada itu.
Dengan bermodalkan RM399 pada tahun 2016, beliau telah memulakan bisnes mobile spa ini selepas melahirkan anak kedua. Walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai sebarang simpanan untuk memulakan bisnes ini disebabkan hampir setahun menganggur, beliau tetap yakin dan berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada adik beradiknya untuk terus mengorak langkah.
Akhirnya, dengan kegigihan dan azam  beliau menjalankan Mobile Spa, beliau berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan sehingga RM5000 sebulan walaupun hanya bergelar seorang surirumah. Kejayaan tersebut juga dicapai dengan 5 hasil penjuru income yang lain...Wowww, sangat memberi inspirasi kan!
 
2. Kisah Puan Leanne Rafie : Income TWB menjadi Penyelamat Kewangan Ibu Tunggal
 
 Puan Leanne Rafie adalah seorang ibu tunggal yang struggle membesarkan dua orang anaknya. Beliau diuji dengan dugaan perkahwinan ketika masih muda.
Dengan itu, beliau bangkit dengan semangat tinggi untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya yang berusia 4 dan 5 tahun..
Ketika beliau memulakan bisnes TWB beliau masih bekerja dan menjalankan mobile spa secara separuh masa. Beliau menyertai TWB pada Ogos 2018 dan antara peserta batch pertama di di Akademi TWB 2018.
Beliau adalah seorang yang sukakan bidang kecantikan dan sudah lama membuat survey tentang Kursus Mobile Spa. Sehingga beliau sendiri terkejut dengan harga kursus yang tidak masuk akal sebelum menemui TWB.

Produk sahaja bernilai RM50K , belum termasuk Kursus mobile spa.fuhh,terus tak boleh nak commit lagi


Akhirnya beliau menemui Kursus Mobile Spa TWB yang menawarkan Kursus termurah lengkap dengan peralatan, training one to one lagi dan sijil , hanya dengan kos RM1,999 sahaja. Puan Leanne terus berusaha mendapatkan modal yang diperlukan dengan membuat pinjaman daripada kawannya
Beliau berazam untuk membuktikan apa yang diusahakannya tidak akan menjadi sia- sia. Akhirnya dalam masa 10 hari sahaja beliau dapat mengumpul RM1,087!! hanya dengan mobile spa.
Benarlah janji Allah tu,andai kita berusaha dan berserah kepadanya, pasti rezki tu tidak akan putus-putus. Kini beliau antara beautician TWB yang mendapat income tinggi setiap bulan disamping 5 penjuru income lain yang beliau fokus sepanjang bersama TWB ini. Beliau kini tidak lagi risau dengan masalah kewangan bagi menyara hidup bersama anak-anaknya. Amazing kann..semangat seorang ibu tunggal dapat mengubah segalanya andai kita mempunyai azam yang kuat untuk merubah nasib kita sendiri.
 
3. Kisah Puan Shamira Nasir : Jana Income RM3000 dengan TWB
 
 
 
 Puan Shamira Nasir ini adalah seorang surirumah, berasal dari Kedah. Dikenali sebagai Myra.

Beliau menyertai kursus Mobile Spa TWB pada 25/3/2018 di Bangi iaitu di rumah founder project TWB ini Master Ainul Shahrazad.
Jangan terkejut ketika beliau ingin memulakan Kursus TWB ini, beliau tidak mempunyai simpanan langsung dan hanya ada RM100 dalam tangan

Tetapi disebabkan rasa tawakal nya yang tinggi kepada Allah, beliau akhirnya mendapat bantuan kewangan daripada orang yang tidak dikenalinya.
Niatnya yang betul dan ikhlas iaitu ingin membantu suami dan menambah pendapatan keluarganya, Allah telah bantu beliau dengan mendatangkan rezeki yang tak putus-putus melalui mobile spa.
Walaupun hanya tinggal di kawasan kampung, beliau mampu menjana sehingga RM3000 sebulan hanya dengan mobile Spa. Hebat bukan?
 Tips marketing yang beliau perolehi daripada Grup Support TWB digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan income beliau dengan mobile spa. Dimana ada usaha dan jalan, disitu ada kejayaan kan..
 
4. Kisah Faridah Daik : Hasil Spa Dapat Tampung Yuran Pengajian.
 
 
 
Puan Faridah Daik adalah seorang pelajar OUM sebelum beliau memulakan kerjaya nya bersama TWB. Titik tolak beliau mengorak langkah untuk menambah income dengan mobile spa apabila beliau menemui jalan buntu dalam melangsaikan yuran pengajiannya di OUM ketika di semester akhir.
Puan Faridah telah kehabisan wang simpanan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sehingga beliau sendiri menemui tentang keistimewaan TWB di facebook Puan Rafiza Idayu. Akhirnya disebabkan rasa ingin tahunya yang semakin kuat dan berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah kewangannya, beiau telah berbincang dengan suaminya untuk mendapatkan modal dengan meyakinkan suami beliau tentang keistimewaan memulakan mobile spa.
Alhamdulillah hasil mobile spa yang beliau jalankan, beliau mampu mendapat balik modal sebanyak RM1,999 hanya dalam masa 45 hari sahaja. Sekaligus melunaskan yuran pengajiannya di semester akhir. Hasil itu bukan mudah diperoleh tanpa usaha beliau yang tidak putus-putus mempromosikan servis spa walau di mana beliau berada.
 
5. Kisah Cik Aina Syahira Zikri : Pernah Jana Income sehari RM1100 dengan TWB
 
 
 
Cik Aina Syahira Zikri berasal daripada Kuching, beliau berumur 25 tahun dan seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi dan tanggungjawab yang besar dalam keluarga beliau.
Ini kerana ayahnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan ibunya adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa. Beliau memulakan bisnes mobile spa ini adalah pada September 2018, ketika itu beliau sedang bergelut dengan masalah kewangan ditambah dengan tahap kesihatan ayahnya yang kurang baik dan memerlukan perhatiannya ketika di hospital.
Jadi, beliau mencari pekerjaan yang fleksible untuk membahagikan masanya antara kepentingan keluarga dan menambah pendapatan beliau. Cik Aina ni memang sangat suka bisnes yang mudah dapat instant cash tapi bukan Skim Cepat Kaya. Prinsip beliau ialah usaha kuat adalah yang terbaik bagi mendapatkan pulangan yang diinginkan.
Akhirnya dengan restu keluarga dan tunang tersayang disamping memohon petunjuk Allah dengan Solat Isthikarah, beliau berjaya memulakan bisnes mobile Spa ini dan berjaya mendapatkan pulangan modal beliau sebanyak RM1,999 hanya dalam masa 12 hari sahaja.
Hasil mobile spa yang beliau jalankan juga, beliau menampung perbelanjaan keluarga serta ubat-ubatan ayahnya yang ketika itu terlantar di hospital.
Dengan TWB, tiada yang mustahil andai kita rajin berusaha, kerana semuanya ada di depan mata, tinggal kita sendiri nak grab atau tidak peluang yang ada.
 
Jadi pada yang masih tercari-cari peluang untuk menambah income dengan cepat, mudah, dan fleksible
 Jom join team kami di TWB. Anda pasti tidak akan menyesal.
Sebelum tu boleh dengar FREE Preview kami di Grup Whatsapp.
 
 
Berminat? Just klik link ..http://Norraimani.wasap.my/
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

Comments

Popular Posts